Sunday, December 03, 2006

Hakikat Sebuah Cinta

Assalamualaikum..

Hohoho. tajuk cam jiwang. tapi entry ni bukan entry jiwang. takde masenye nak jiwang2. tak ganas laa kan. ngiahiahia. macam laaa ganas sangat kalo dok asyik gelak ngiahiahia je kan. uhh.

Aku ni slalu je dok memilih mase yang kurang tepat untuk ngupdate bende alah ni. esok ade deadline untuk submit Progress Report untuk 3rd Year Project aku. aihh. sengal. tak larat dah nak menggoreng ayat report tu. malam tadi satu malam aku tak tido dok merapu ayat ntahpape dalam tu. ni tengah lepak2 jap, tulih2 kat sini dulu, tido2 dulu, kang baru sambung balik. camne2 pon, mintak2 dapat markah best. hohoho. amin.

Kembali kepade tajuk entry ni. Hakikat Sebuah Cinta. sbnanye ni tajuk lagu lama. kumpulan Iklim. hohoho. rase2 cam dah 3 minggu straight aku dok dengar sebijik lagu ni je hari2. kalo korang tengok status aku kat msn msgr, memang lagu ni laaa tak tuka2 langsung. motif? ntah. nak cakap lagu ni best sangat, cam biase2 je rasenye. best tahap gitu2 je laaa. nak cakap ade kaitan dengan kesah hidup aku ke, takde kaitan laa plak. siriyes takde kaitan. aku download lagu ni hari tu pon sebab terjumpe, bukan sebab memang aku nak carik. tapi yang obvious-nye memang tak bosan lagi laa aku dok dengar. aihh. ontah laaaa pakcik makcik oi. kalo korang nak layan korang buleh dload kat sini. pastu lirik ade kat sini. layan jangan tak layan...

Entry sblom ni yang ade java code tu aku dah unpublish. panjang sangat. menyampah aku. lambat gile nak load. uhhh. komplen je banyak. shadap lah.

Lapaqnye. eh tetibe je. tapi tu laa. lapar. btol. tak tipu. gi makan lagi best.
Wassalamualaikum!

3 comments:

hakikatnye ialah... said...

tukar lagu laa bro
masih berada di takuk yg lame sejak 3 minggu lepas
aaihhh

bojol said...

ehhhhhhh

baru 3 minggu =p

Azlan @ ABN said...

jangan risau beb. time2 stressful camtu mmg selalu datang idea nak bloggin.