Monday, February 26, 2007

Anda dan Ubat

Assalamualaikum..


Murah je.. £3 lebih kurang untuk sebulan. brand tesco je pon. hohohoho. kalo aku makan yang £20+ tu memang over laaa kot? kuakuakua. sengal je kan makan ubat kurus. ape buleh buat, aku gemuks.

Sekianzzz, wassalamualaikum!

Saturday, February 24, 2007

Hati dan Perasaan

Assalamualaikum...

Walaupon tajuk entry aku kali ni ialah hati dan perasaan, tapi isi kandungannya bukanlah jiwang. tak ganas laa feeling2 nih (sila abaikan lagu spoon kat bawah tu buat seketika). hohoho. ape yang aku maksudkan dengan hati dan perasaan ialah, menjaga hati dan perasaan aku, sebab aku ni sentimental. kuakuakua. ini sememangnya bukanlah sesuatu yang patut korang bace, tapi takpe laa. aku nak nyatakan perasaan aku je. sape nak bace, bace ler. sape nak betulkan mane2 salah silap, dialu2kanlah. hohoho.

Sblom aku bermula, aku nak mintak mahap awal2. rase2nye penulisan kali ni akan banyak menyindir dan memangkah pelbagai pihak. aku nak menulis pasal orang tak menjaga hati dan perasaan aku, tapi dalam entry ni sniri aku tak jaga hati dan perasaan orang yang akan disindir. haaaa camne tu. keji laaa jugak kan. kuakuakua. tapi takpe, segala nama akan dirahsiakan. and bagi korang yang taktau ape2, tak perlu laaa berteka-teki tentang sape orang2 yg dimaksudkan. nanti sia2 korang dapat dosa skali kang. actually, kalo ape yang aku tulih ni termasuk dalam kategori mengumpat, korang bace pon dah dapat dosa. so, sape taknak dosa, sila laaa main jauh2. berhenti membace setakat ini saje. shuh2. ape2 pon, sori.

Mula2 aku nak start pasal mase usrah smalam. everything went fine, sampai laa kat satu point ustaz isa explain pasal realiti hidup manusia, dari segi pergaulan dan sebagainya. maka ustaz isa pon cakap laa pasal antara keburukan2 akibat dari sikap kurang bergaul dengan orang lain. walaupon dari satu segi orang yang kurang sosial ni kurang laa sket terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat (kalo ade laa), tapi at the same time die tak dapat laa nak meyebarkan budaya sihat kat orang2 lain tu kalo die tak bergaul langsung dengan diorang kan. pastu, orang yang kurang bergaul ni jugak kurang laa development dari segi communication skills dan sebagainya. btol laa tu, aku setuju laa dengan ustaz isa tu. tapi yang aku agak sakit hati sket, bile ade laaa plak sorang member ni yang dok menjeling2 tersengih2 kat aku bile ustaz isa cakap pasal topik tu. perlu ke? fine, aku tau laa aku anti sosial. aku tau laa salah silap aku. but i have my reasons. and aku tak kacau orang. tapi takpe laa. aku senyum je ler. ikut hati nak jugak execute skill2 smackdown time tu. keskeskes. tengah usrah weh, nak smackdown hapekebendenye.

Lpas tu, masih dalam sesi usrah yang sama, aku raise laa satu isu. actually isu ni lebih kurang ade kaitan jugak dengan member2 aku, termasuk laa member yang tadi. mula2 aku ingat malas nak raise sebab die ade time tu. kang ade yang terase laa plak, walaupon memang dah agak lama aku nak raise isu tu. tapi sebab aku tensen dengan die pandang2 aku tadi, last2 aku raise jugak laa. hahaha matilah berdendam kesumat mase usrah. anyways, aku rase aku dah memberi contoh yang agak baik dengan takde laa aku me-refer kat sape2 bile aku raise isu tu. ikut hati nak jugak laaa menjeling, angkat2 kening, sengih2 kat die. hahaha. tapi isu tu cam agak berat laa, kalo aku sniri terlibat ngan isu tu pon aku taknak orang tuding2 jari kat aku kot. so macam tak baik laaa kalo nak refer2 kat specific person kan. ape2 pon, sori lagi skali. buat yang terase, bagus ler kalo terase. lain kali jangan buat dah. buat laa kat orang lain, aku tak kesah. jangan buat kat aku, sebab aku kecccoh. ok tamat kisah semase usrah.

Ok. ni plak pasal isu yang aku raise tu. macam yang aku cakap tadi, isu tu agak berat (bagi aku laa, taktau laa kalo orang lain pandang ringan kan). so, aku rase takyah laa aku mention ape isi kandungan dan titik tolak isu tersebut secara mendalam. secare generalnye, bende ni memang macam dah lama. yang aku tak tahan sekarang ialah member2 aku pon dah start terlibat. haaaaa apekah isu tersebut? adekah mereka menagih dadah? adekah mereka membunuh bayi2 kecil? adekah mereka memakan makanan anak2 yatim? hehehe. takpe2. biarlah rahsia. aku sniri pon pernah hampir terlibat suatu mase dahulu, tapi syukurlah sempat diselamatkan dan dapat sedikit hidayah. and aku menyesal jugak laa sekarang sebab pernah berniat sebegitu. aihhh. so, ape kene mengene isu ni dengan hati dan perasaan aku pon? well, in a way aku dah try nak sampaikan mesej kat sesiape yang terlibat bahawa aku tak berape selesa dengan situasi sekarang. and ade laa jugak skali skala dalam usaha nak convey message tu, aku sniri pon terlanjur sampai mengeluarkan kata2 kesat dan membuat statement2 yang buleh menimbulkan fitnah. ok, tu memang obviously salah aku laaa. aku mintak maap banyak2. emo gile aku nih. arrgghh. skali lagi aku mintak maaf. cume kalo buleh, aku harap pihak2 terbabit paham2kanlah ape yang cube aku sampaikan, dan hentikan ape2 yang patut dihentikan. hohoho. satu soalan yang best ialah, seronok sangat ke mengumpul dosa? kalo mengumpul setem tak seronok (jangan marah wahai pengumpul2 setem, contoh je!), mengapa mengumpul dosa jadi seronok?

Aihh. aku rase tak layak jugak laa nak cakap mengumpul dosa, and pasal hati dan perasaan ni, bile aku sniri pon kadang2 hanyut jugak, and biasenye memang takde laa menjaga hati dan perasaan orang lain sangat. kecccoh je lebih. sebagai contoh, ... eh takpe laa. lain kali laaa aku bagi contoh yer. hohoho.

Ramai yang akan tertanye2 (sile laa) kenape aku memilih untuk menyuarakan bende2 ni melalui penulisan. well, for one thing, aku memang lebih selesa menulis daripade bercakap. sebenci2 aku kene buat assignment tulis essay, lagi benci kalo assignment yang kene buat presentation. hohoho. matilah. ye laaa, the thing is, due to the fact that i'm anti-social, aku memang lacking gile laa dalam bab2 direct communication ni. kalo tulis2 ni, buleh laa sket2. lagipon, sape yang knal aku mesti tau yang aku ni jenis cepat naik angin. aku kire angin aku je, aku tak kire angin orang lain. so, kalo aku cakap depan2 memang most likely akan end up dengan gaduh btol2. itu memang perangai aku, and aku tau perangai tu tak bagus. tapi, aihh... bile aku rase emo, dengan sendiri aku akan cube menjauhkan diri dari orang lain. yang tensennye bile ade yang enggak ingin ngerti hati gwe. saat gwe sedang emo, lagi mahu diganggu! capek gwe deh. arghhh emo2. brengsek btol laaa lo ni.

Camne2 pon, ape2 yang aku dah tulis kat sini, aku dah lepaskan. so, sape yang rase nak terase, sile laa terase. bagi pihak aku, ape yang aku dah tulih, aku dah tak simpan. in other words, aku dah tak kesah pasal yang dah lpas, asalkan sejarah tidak berulang. tapi sejarah mungkin berulang, bak kata newboyz. so, tengok laaa camne. all in all, aku nak mintak maaf lagi skali, and aku harap ape2 yang aku lepaskan kat sini dapat memberi lebih banyak kebaikan daripada keburukan (walaupon nampaknye aku hanye melepaskan emo aku je). hehehe. ape2 laaa. emo yang dah lepas, kire lepas laa. emo yang blom lpas, biarlah rahsia. tunggu laa satu masa nanti. kuakuakua. keji laaa.

Till then, wassalamualaikum!

Friday, February 23, 2007

Spoon - Sepenuh Hati


Woah lagu layannzz tak tahannzz!!

Sunday, February 18, 2007

Sedang Ingin Bercinta?

Assalamualaikum!

Khas untuk sesiape yang sedang ingin bercinta, sedang bercinta, dan sedang tidak hingin bercinta. kuakuakua. untuk kebahagiaan mase depan korang, sila laa luangkan sikit mase untuk baca artikel ni:


[mood slpas bace: sedang ingin berkahwin. kuakuakua]

Sekian, wassalamualaikum!

Saturday, February 17, 2007

Di Mana?

Assalamualaikum.

Aku...
    masih di sini?
    mungkin tidak;
    kerana tiada sesiapa di sini.

Aku...
    sudah di sana?
    mungkin ya;
    namun tiada sesiapa di sana juga.

Aku...
    di persimpangankah?
    mungkin juga;
    namun aku masih sendiri.

Aku...
    di manakah aku?
    oi oi mane map aku oi?
    weh sape tau camne nak pakai kompas ni?
    argh apsal die tak tunjuk you are here kat mane nih?

Aku...
    Ingin mencari hala tuju;
    Ingin membina hidup baru;
    Ingin download lagu rock kapak baru;
    Ingin download movie baru;
    Ingin menyambung buat java programming ku.

Korang...
    Buleh blah!

Sekian, wassalamualaikum.

Thursday, February 15, 2007

Summary

Assalamualaikum..

Course deadlines buat mase ni:

  • Group work untuk Web Applications Development (19 feb)
  • Final year project - Presentation (13 march)
  • Essay untuk Current Uses of Computers (15 march) - dah siap! (walaupon deadline lagi sebulan) hohoho. tahniah2.
  • Website untuk Web Applications Development (25 april)
  • Final Year Project - Final Report (3 may)
  • Exams - entah bile
8 modules (subjects) yang aku ambik tahun ni:
  • CS310 - Computer Science Project (final year project)
  • CS313 - Mobile Robotics
  • CS321 - Current Uses of Computers in UK Business and Industry
  • CS325 - Compiler Design
  • CS330 - History of Computing
  • CS332 - Programming Language Design and Semantics
  • IB2A5 - Web Applications Development
Bende2 yang aku tak makan:
  • daging, ayam dan ape2 yang vegetarian tak makan
  • telur dan susu, sebab aku dah jadi Strict Vegetarian sekarang. kuakuakua..
  • white bread
  • sekarang aku amat merindukan raw eggs sebagai sumber protein.. ohhh telur mentah.. ***** suruh aku makan whey protein macam die tapi takpe laa. nanti2 laa. kalo die dah jadi sasa macam bangsat kang baru laa aku akan terpanggil untuk try. kuakuakua. sape *****? sila mengaku!
Bende2 yang aku slalu makan:
  • wholemeal (brown) bread + vegetarian sausage
  • pasta (with vegetarian mince)
  • jjajjangmyun segera.. hehehe
  • maggi mee goreng. nak habiskan stock sbb mcm dah expired (matilah)
  • biskut meri (ketagihan)
  • buah pisang + buah limau
  • tic tac tidak ketinggalan
  • aku rase macam nak try fat metabolizer laa nanti. kuakuakua (dilema seorang lelaki yang terasa (dan sememangnye) kurang kurus)
Minuman peberet ketika ini:
  • teh O buat menghilangkan mengantuk (at least kandungan caffeine tak sebanyak kopi kot)
  • teh susu (ganti susu lembu dengan susu soya)
  • air soya
  • air kosong
Masa lapang (takde mase lapang pon actually. lebih tepat kalo cakap "masa dibuang dengan"):
  • layan spongebob (tapi dah abes tengok season 1-3)
  • layan kamen rider black kalo ade yang baru
  • layan death note kalo ade yang baru
  • layan dunia baru (season 2 dah abes laa plak)
  • dload & burn movies (kadang2 jadi pengedar jugak)
  • dload mp3 buat koleksi
  • browsing internet
  • ejas2 pc aku kasi mantap
  • main game dalam fon sblom tido
  • melangok, mengelamun dan berangan (peberet nih)
  • tido
Lagu2 peberet buat mase ini:
  • xpdc + real x + mael + ali pon buleh laa jugak
  • may + mus
  • iklim + saleem (raja balada tu, tak tahannnnnnn)
  • wings, damasutra, bpr, ukays, handy black, medicine, bloodshed, teacher's pet, terra rossa, meditasi, sweet child, massa, gamma, stra tg, mutiara, kris, crash, dinamik, ekamatra, exist, data, search, gravity, leon, lela, visa, wow, black rose, melissa, ubie, menara, amuk, febians, fotograf, gersang, sejati, lefthanded, illusi, lestari, teja, laksamana, rockers, putra, samudera, scan, sofea, sweet charity, umbrella, rusty blade, zabarjad (nak jugak tu)
  • dan lain2 yg agak2 termasuk dalam kategori di atas
9 bijik lagu dalam playlist bertajuk Tido (aku slalu pasang time nak tido. sebab ape? rahsia):
  • Illusi - Segalanya Ku Terima (manthap gile duh)
  • Mutiara - Mutiara
  • Stra TG - Kau Mutiara Segalanya
  • Massa - Amanda Gadisku
  • Zabarjad - Karam
  • Mercury - Kamus Asmara
  • Melissa - Cinta Untuk Nabila
  • Menara - Sayang
  • Gamma - Kembang Terhalang
Hobi2 sebenar aku:
  • bace buku cerita (peberet skang nih: Dean Koontz and Jeffery Deaver)
  • kemas bilik
  • menjahit. hohoho. seriyes!
Bende2 dalam list kebencian (jangan marah kalo terkene):
  • ke-tidakpunctual-an (termasuk diri sniri). kalo aku benci orang yang hari2 datang klas lambat, aku benci diri aku 10 kali ganda tiap2 kali aku lambat datang klas.
  • orang bersembang tengah jalan. bersepah2 kat uk ni. bongok ke hape.
  • orang tak sembahyang. boddoh.
  • orang over-sosial. fine, aku memang anti-sosial.
  • orang melayu yang bercinta berlebih2an. kalo mat saleh dok bercium kat khalayak ramai aku bleh accept laa. tapi kalo orang melayu, pegang tangan pon aku takleh tengok. apetah lagi yang... ah, macam2 laaa. benci aku. gejala bersekedudukan pon makin berleluasa. kawen je laa beb. selamat dunia akhirat.
  • orang yang tak respek barang orang lain. bodoh. mak aku ajar aku, kalo ko jaga barang ko 10 kali ganda, ko kene jaga barang orang lain 100 kali ganda.
  • of course laa ade jugak bende2 lain yg aku buat and aku benci diri aku sniri sebab aku buat, tapi takpe laa. malas aku nak letak kat sini. dengan kate lain, rahsia!
Some random facts:
  • speaker 5.1 aku kini tinggal 1.1 sahaje (4 bijik dah rosak). tu pon kadang tinggal 1.0 sebab sub woofer pon hampeh gile jugak. ahaha stended ler speaker murah. malas nak beli baru sebab nak balik dah.
  • dah dekat 2 bulan aku jadi strict vegetarian (vegetarian yang tak makan telur & susu jugak). sebab? aihh sebab aku sakit laa. doktor suruh aku jangan makan semua2 tu. tapi kadang2 aku makan gak ayam bile ade free dinner (isoc contohnye). takleh tahan duhhhhhh (chicken biryani mantappp). lpas tu haa sakit laa 4-5 hari. sakit macam2. sakit perut. sakit hati. sakit jiwa. sakit nye 4-5 hari je, tapi side effects macam buat selame2nye. so, memang wajar dijauhi. iskk. tapi sakit ape yg sebenarnye yer? rahsia.
  • aku sekarang ade 4 bijik fon. hehehe. 2 bijik Motorola E1000 (ade 2 bijik sebab fon ni best sangat. hohoho), sebijik Nokia N70, sebijik Sony Ericsson W850i. skang aku pakai w850i laa sebab walkman die best. tapi aku baru letak lagu rock kapak sket je pon dah penuh memory card. tak cukup ahh 1gb. nanti kene beli memory card baru sblom balik.
  • Nokia N70 aku kene hardlocked (permanently locked to Three, takleh unlock pakai unlock code dah). bongok laa. tu laa, lain kali jangan masukkan unlock code palsu sampai 3 kali! (aku ingatkan lpas 5 kali baru die hardlock, rupe2nye 3 kali je. aihhh..) kalo nak unlock jugak, kene tuka chip baru, pastu kene flash, kene flex, ntah hape2kejadah lagi laa. aku rase macam nak jual je kat ebay kot?
  • Decode this: 11 0 101 0111 01
Ok laaa. lain kali kite buat summary lagi yer.
Wassalamualaikum!