Saturday, February 24, 2007

Hati dan Perasaan

Assalamualaikum...

Walaupon tajuk entry aku kali ni ialah hati dan perasaan, tapi isi kandungannya bukanlah jiwang. tak ganas laa feeling2 nih (sila abaikan lagu spoon kat bawah tu buat seketika). hohoho. ape yang aku maksudkan dengan hati dan perasaan ialah, menjaga hati dan perasaan aku, sebab aku ni sentimental. kuakuakua. ini sememangnya bukanlah sesuatu yang patut korang bace, tapi takpe laa. aku nak nyatakan perasaan aku je. sape nak bace, bace ler. sape nak betulkan mane2 salah silap, dialu2kanlah. hohoho.

Sblom aku bermula, aku nak mintak mahap awal2. rase2nye penulisan kali ni akan banyak menyindir dan memangkah pelbagai pihak. aku nak menulis pasal orang tak menjaga hati dan perasaan aku, tapi dalam entry ni sniri aku tak jaga hati dan perasaan orang yang akan disindir. haaaa camne tu. keji laaa jugak kan. kuakuakua. tapi takpe, segala nama akan dirahsiakan. and bagi korang yang taktau ape2, tak perlu laaa berteka-teki tentang sape orang2 yg dimaksudkan. nanti sia2 korang dapat dosa skali kang. actually, kalo ape yang aku tulih ni termasuk dalam kategori mengumpat, korang bace pon dah dapat dosa. so, sape taknak dosa, sila laaa main jauh2. berhenti membace setakat ini saje. shuh2. ape2 pon, sori.

Mula2 aku nak start pasal mase usrah smalam. everything went fine, sampai laa kat satu point ustaz isa explain pasal realiti hidup manusia, dari segi pergaulan dan sebagainya. maka ustaz isa pon cakap laa pasal antara keburukan2 akibat dari sikap kurang bergaul dengan orang lain. walaupon dari satu segi orang yang kurang sosial ni kurang laa sket terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat (kalo ade laa), tapi at the same time die tak dapat laa nak meyebarkan budaya sihat kat orang2 lain tu kalo die tak bergaul langsung dengan diorang kan. pastu, orang yang kurang bergaul ni jugak kurang laa development dari segi communication skills dan sebagainya. btol laa tu, aku setuju laa dengan ustaz isa tu. tapi yang aku agak sakit hati sket, bile ade laaa plak sorang member ni yang dok menjeling2 tersengih2 kat aku bile ustaz isa cakap pasal topik tu. perlu ke? fine, aku tau laa aku anti sosial. aku tau laa salah silap aku. but i have my reasons. and aku tak kacau orang. tapi takpe laa. aku senyum je ler. ikut hati nak jugak execute skill2 smackdown time tu. keskeskes. tengah usrah weh, nak smackdown hapekebendenye.

Lpas tu, masih dalam sesi usrah yang sama, aku raise laa satu isu. actually isu ni lebih kurang ade kaitan jugak dengan member2 aku, termasuk laa member yang tadi. mula2 aku ingat malas nak raise sebab die ade time tu. kang ade yang terase laa plak, walaupon memang dah agak lama aku nak raise isu tu. tapi sebab aku tensen dengan die pandang2 aku tadi, last2 aku raise jugak laa. hahaha matilah berdendam kesumat mase usrah. anyways, aku rase aku dah memberi contoh yang agak baik dengan takde laa aku me-refer kat sape2 bile aku raise isu tu. ikut hati nak jugak laaa menjeling, angkat2 kening, sengih2 kat die. hahaha. tapi isu tu cam agak berat laa, kalo aku sniri terlibat ngan isu tu pon aku taknak orang tuding2 jari kat aku kot. so macam tak baik laaa kalo nak refer2 kat specific person kan. ape2 pon, sori lagi skali. buat yang terase, bagus ler kalo terase. lain kali jangan buat dah. buat laa kat orang lain, aku tak kesah. jangan buat kat aku, sebab aku kecccoh. ok tamat kisah semase usrah.

Ok. ni plak pasal isu yang aku raise tu. macam yang aku cakap tadi, isu tu agak berat (bagi aku laa, taktau laa kalo orang lain pandang ringan kan). so, aku rase takyah laa aku mention ape isi kandungan dan titik tolak isu tersebut secara mendalam. secare generalnye, bende ni memang macam dah lama. yang aku tak tahan sekarang ialah member2 aku pon dah start terlibat. haaaaa apekah isu tersebut? adekah mereka menagih dadah? adekah mereka membunuh bayi2 kecil? adekah mereka memakan makanan anak2 yatim? hehehe. takpe2. biarlah rahsia. aku sniri pon pernah hampir terlibat suatu mase dahulu, tapi syukurlah sempat diselamatkan dan dapat sedikit hidayah. and aku menyesal jugak laa sekarang sebab pernah berniat sebegitu. aihhh. so, ape kene mengene isu ni dengan hati dan perasaan aku pon? well, in a way aku dah try nak sampaikan mesej kat sesiape yang terlibat bahawa aku tak berape selesa dengan situasi sekarang. and ade laa jugak skali skala dalam usaha nak convey message tu, aku sniri pon terlanjur sampai mengeluarkan kata2 kesat dan membuat statement2 yang buleh menimbulkan fitnah. ok, tu memang obviously salah aku laaa. aku mintak maap banyak2. emo gile aku nih. arrgghh. skali lagi aku mintak maaf. cume kalo buleh, aku harap pihak2 terbabit paham2kanlah ape yang cube aku sampaikan, dan hentikan ape2 yang patut dihentikan. hohoho. satu soalan yang best ialah, seronok sangat ke mengumpul dosa? kalo mengumpul setem tak seronok (jangan marah wahai pengumpul2 setem, contoh je!), mengapa mengumpul dosa jadi seronok?

Aihh. aku rase tak layak jugak laa nak cakap mengumpul dosa, and pasal hati dan perasaan ni, bile aku sniri pon kadang2 hanyut jugak, and biasenye memang takde laa menjaga hati dan perasaan orang lain sangat. kecccoh je lebih. sebagai contoh, ... eh takpe laa. lain kali laaa aku bagi contoh yer. hohoho.

Ramai yang akan tertanye2 (sile laa) kenape aku memilih untuk menyuarakan bende2 ni melalui penulisan. well, for one thing, aku memang lebih selesa menulis daripade bercakap. sebenci2 aku kene buat assignment tulis essay, lagi benci kalo assignment yang kene buat presentation. hohoho. matilah. ye laaa, the thing is, due to the fact that i'm anti-social, aku memang lacking gile laa dalam bab2 direct communication ni. kalo tulis2 ni, buleh laa sket2. lagipon, sape yang knal aku mesti tau yang aku ni jenis cepat naik angin. aku kire angin aku je, aku tak kire angin orang lain. so, kalo aku cakap depan2 memang most likely akan end up dengan gaduh btol2. itu memang perangai aku, and aku tau perangai tu tak bagus. tapi, aihh... bile aku rase emo, dengan sendiri aku akan cube menjauhkan diri dari orang lain. yang tensennye bile ade yang enggak ingin ngerti hati gwe. saat gwe sedang emo, lagi mahu diganggu! capek gwe deh. arghhh emo2. brengsek btol laaa lo ni.

Camne2 pon, ape2 yang aku dah tulis kat sini, aku dah lepaskan. so, sape yang rase nak terase, sile laa terase. bagi pihak aku, ape yang aku dah tulih, aku dah tak simpan. in other words, aku dah tak kesah pasal yang dah lpas, asalkan sejarah tidak berulang. tapi sejarah mungkin berulang, bak kata newboyz. so, tengok laaa camne. all in all, aku nak mintak maaf lagi skali, and aku harap ape2 yang aku lepaskan kat sini dapat memberi lebih banyak kebaikan daripada keburukan (walaupon nampaknye aku hanye melepaskan emo aku je). hehehe. ape2 laaa. emo yang dah lepas, kire lepas laa. emo yang blom lpas, biarlah rahsia. tunggu laa satu masa nanti. kuakuakua. keji laaa.

Till then, wassalamualaikum!

6 comments:

Azlan @ ABN said...

ko tulis ape ni? tak nampak apa hala tuju dia... hu hu

bojol said...

hohoho. entry emo tak memerlukan halatuju!

Faizul Md said...

abg bojol. saya x terasa sebab saya dah lama x gi usrah. he he he..apa issue yg rahsia sgt tu?

bojol said...

sbnarnye isu itu ialah isu org yg dah lama tak gi usrah.
haaaaa terase tak sekarang?
keskeskes.
mesti ler isu rahsia. shhhh!

deney said...

bojol emo~
kohkohkohkoh...

bojol said...

emo itu wajar