Monday, July 23, 2007

Goodbye Spatula!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hooooooo. Tengah mengira detik dan waktu nak balik Malaysia nih. aku balik lagi 2-3 hari. perasaan? ntah. nak cakap sedih, tak sedih pon (maybe blom sampai mase nak sedih kot). nak cakap gembira, tak gembira jugak pon. hmmmm.. dengan kate lain, event "balik msia" ni same je kot macam event2 lain dalam hidup aku buat mase sekarang ni. boring je. hohohohoh. boring seh. boring dan memboringkan. haritu kitorang (kitorang = Azmir, Farizal, Shimi, Nik, Zaki, Akmal & aku) pegi layan wayang cerite transformers. lpas wayang semua orang excited buat review sendiri. aku diam je laaa. aku diam kerane... aku tido. bengong. movie sket punye bising cenggitu pon buleh lelap. errggh. aku tak laa tido sepanjang2 movie tu tapi ade laaa ter-miss some crucial parts. start tak sampai 10 minit dah tido. pastu tibe2 terjage. kat tengah2 tido lagi. terjage balik. kat hujung2 tido lagi. aihhh. balik malam tu terus aku layan movie yang aku dah dload. kualiti of course ler takleh celen wayang kan. tapi kire ok laa, just nak recap balik jalan cerite. aksi2 dah tengok kat wayang tadi (separe sedar pon cukup ler). haaa cakap pasal movie transformers ni nak komplen laaa ni. aku rase macam robot2 transformers tu diorang design macam over laaa plak. buruk jadinye. dah laaa muka optimus prime ade mulut cenggitu. tahpape je. nyampah aku tengok. pastu badan sekor2 tahpape. banyak sangat sifat2 ke"besi"an. errr, paham ke? ntah. yang pentingnye aku rase tak lawa laa. hohohoh. transformers versi kartun dulu2 lagi lawa. sempoi je. pastu lagi satu, nak transform punye laaa mengade. ejas situ, pusing sini, lompat2 sket, ejas sane, pusing situ, lompat2 lagi. serabut laa plak aku tengok. grrrrr. robot power rangers transform lagi smart laaa aku rase. ok sudah2 laaa komplen kan.

Pokai. itu salah satu deskripsi yang tepat untuk situasi aku sekarang ni. satu2nya duit yang ade dalam wallet aku ialah sekeping duit RM50, bukan GBP50. duit ni memang ade sejak aku mula2 datang UK 3 tahun dulu kot. bajet nak tuka currency, tapi manjang terlupe je. lagipon there's no need to. ade baiknye jugak laa aku tak tuka. kalo tak maybe RM50 tu pon melayang jugak ler. skang ni aku hidup dalam hutang laaa jugak. tak banyak pon actually, GBP5 je. aku hutang dengan Azmir. hahaha, Azmir mendapat nama baik kali ni. dulu bajet2 nak balik ni sempat laaa simpan GBP1000 nak bawak balik Malaysia kan, kire ok laaa tu bagi aku yang tak kerja ape2 kat UK ni kot. orang2 yang keje cleaner or ape2 lagi tu maybe target lagi tinggi laa kan. tapi last2 aku balik tangan kosong je laaa. hahaha. kalo kire2 balik, tak jugak kot. GBP400 aku spent beli tiket flight yang buleh claim balik from sponsor aku (Yayasan TNB). pastu lagi GBP100 member aku pinjam blom pulang lagi. so aku bajet buleh laa dikatekan aku bawak balik GBP500 kot? hohohoh. Azmir, dont worry. nanti bile aku dapat duit aku bayar balik hutang ko GBP5 tuh. kiahkiahkiah.

Sblom balik ni kene laaa beli souvenir2 kan sedikit sebanyak. maka aku pon allocate laa around GBP30 sorang, untuk parents and adik-beradik aku. hmmmm. Mama + Abah + Kakyong + Abang Ji (abang ipar :P hohohoh) + Kakcik + Mat + Tuan Puteri Damiea. tambah lagi sorang, anak sulung akak aku yang bakal lahir tak lama lagi insyaAllah. hohohohoh. so, berape orang tu? 8 orang. haruslah GBP200+ melayang. tu yang melayang dalam family, takpe je. yang melayang luar family? takpe jugak, tapi tak perlu mention kot. hohohoh. tu beli kat ebay je semua tuh. aihhh. tapi takpe laaa. ingatkan ok laaa, semua dah setel. pastu tetibe teringat, gambar untuk graduation blom tempah lagi. gyaaaahhh. oleh sebab duit dah ala2 tengah menipis time tu, aku order gambar time salam dengan vice chancellor tu je laa sekeping. sekeping je, GBP15 including delivery. gambar2 time lain buleh ambik sniri pakai digicam je. pastu tibe2 teringat lagi, blom beli souvenir from Warwick University. gyahhh. duit makin tipis, so aku pon bajet laa nak spend GBP20 max untuk souvenir. tapi last2 beli sampai GBP30 jugak. grrrrr. takpe kot. bile lagi nak beli kan. kiahkiahkiah. pastu nak kene unlock phone plak sblom balik, kene laa bayar GBP20. last2 abes laa duit dalam bank account aku. aihhh. tengok wayang transformers haritu pon aku takleh pegi sbnanyer. takde duit langsung time tu. Farizal suruh pegi jugak, last2 die yang bayar. kiahkiahkiah. tengkiu lah Farizal. tapi bongok laa aku gi tido dalam wayang. grrrrrr. time tu dah hutang GBP10 dengan Azmir sbnanyer. tapi dengan naseb baeknye Nik (yang tengah banyak duit nampaknye) telah bersetuju untuk membeli board game LOTR yang aku beli sejak first year dulu (dan tak pernah main, actually tak pernah bukak pon except mase nak check semua bende cukup ke tak. satu pembaziran yang nyata) dengan harge GBP10. make dengan itu dapat laa aku melangsaikan hutang aku kat Azmir time tu. tapi lpas wayang haritu diorang ajak plak makan ramai2 kat luar. Nik cakap die nak bayar GBP50 (cayalah Nik! kan dah cakap die tengah banyak duit), remaining tu kitorang lagi 6 orang kene tong-tong laaa kan. last2 kene charge GBP80, so Nik bayar GBP50, selebihnye kitorang berenam kene laa bayar GBP5 sorang. maka kat situ laa aku hutang GBP5 dengan Azmir tu. gyahaha. skang tengah bajet ape2 lagi yang buleh dijual. ade external HDD enclosure, desk fan, heater, set pinggan mangkuk... heheheh. bile dah desperate mula laaa nak berpajak gadai kan. aihhhh.

Result. hohohohoh. alhamdulillah, believe it or not, last2 aku dapat jugak menggapai 2:1 (second class upper) untuk sijil BSc aku. me being me (yang biasenye suka berpura2 low profile), aku akan jawab "aku dapat 2:1, tapi 2:1 atas pagar je. sket je lagi nak 2:2," kalo ade orang tanye pasal result aku. hohohoh. btol laaa tu, aku dapat 60 something je. sememangnye atas pagar. kiahkiahkiah. sampai laaa satu hari aku jawab cenggitu kat Jia Yi (junior kat kmys), die marah aku. marah? hohohoh. "2:2 is 2:2, 2:1 is 2:1 laaa," ayat cenggitu laa lebih kurang. aku pon "yelaaa2, fine. 2:1 then." something like that laa kan. hooooooo. so itu laaa. 2:1. wajar laa kot, takleh dapat first class, sape suruh pemalas sangat. hohohoh. tengok2 balik, result aku macam going downhill aje kalo compare dengan exam dulu2. UPSR senang je, buleh 4A. hohohoh. PMR pon buleh laa 8A. SPM dah kantoi sket, 9A1 1A2 (biologi menghampakan). pastu A-Level kantoi lagi sket, 3A 1B (Further Maths! errgghh). last2 kat uni dapat 2:1. hohohoh. lpas ni takde academic exam dah kot. selamat laaa aku. hohohohoh.

Hmmm. mula2 tadi bajet macam nak buat summary pasal kehidupan kat warwick selame tiga tahun ni tapi last2 macam takde idea dah. ade je idea, tapi malas nak susun ayat. malas nak cerita sket2. tak best laaa cerita sket2. kalo nak cerite kene cerite semua. tapi kalo nak cerite semua matilah sampai bile tak akan habes. so, takyah cerite lagi laa kot. nanti2 laaa aku publish buku ke ape2 ke. kiahkiahkiah. kompem bosan nak mati buku tu kan. ngiahiahia.

Dah 2 jam aku menaip. tak larat dah. next update? ntah. macam biase, bile balik Malaysia kang secare automatiknye aku akan tersisih dari dunia internet. hahaha. tapi jengka dah ok sket skang, at least line handfon dah ade. tak payah dah letak handfon tepi bumbung macam 2 tahun lpas semate2 nak carik line. hahaha. internet yang tahap streamyx rase2nye memang blom ade laaa, tapi stakat dial-up memang ade beberape bijik rumah yang dah buat kot. rumah aku takde laa. home sweet home. buleh je hidup takde internet.

Ok laaa. doakan aku selamat balik ke Malaysia nanti.
Wassalamualaikum.