Monday, December 07, 2009

Hanya Kerna Peristiwa Itu

Salam.

Hari Khamis last week aku mintak cuti, nak pergi servis kereta. Ni kire first service after eksiden haritu ler. Rase-rase berape aku kena bayar? Ngehehehe. RM800 lebih kot, hanya kerna peristiwa itu.
  • RM320 untuk service biasa
  • RM200 untuk tukar something yang dah bengkok kat bawah kereta
  • RM100 untuk cuci something yang dah wajar dicuci kat dalam engine bay
  • RM80x3 untuk recondition rim-rim yang dah bengkoks tahap Impak Minima
  • p/s: something-something kat atas tu aku tak tahu ape name die. Tsk tsk.
So, yeah, RM800+ aku kena bayar. Tapi kire ok laa, seronok laa sikit bawak kereta lepas tu. Bile bawak laju (sikit), steering dah tak gegar-gegar macam konsert Jom Heboh lagi. Lama jugak laa nak tunggu die setelkan semua tu. Dari pukul 10 pagi aku datang, sampai ler pukul 5 petang baru aku balik. Nasib baik dekat-dekat situ ade masjid and kedai makan, dapat jugak laa aku menikmati sedikit santapan rohani dan Liyana Jasmay jasmani. Dan masa 7 jam tersebut juga banyak diluangkan bersama handfon baru aku. I likeeeee, hanya kerna peristiwa itu. Ahakz.

Sony Ericsson W910i dan anak-anak angkat beliau. Buy 1 free 3? Muahaha.

Nokia 5800 ExpressMusic baru yang hampir musnah, hanya kerna peristiwa itu.

So, dengan newly refined alignment tersebut, hari Sabtu lalu aku pun bertolak ler ke Jengka untuk menghadiri majlis perkahwinan Sayut dan Syida. Ngeeeee dah kawin dah diorang. Tahniah2. Semoga bahagia-bahagia senantiasa. Hehe. Alamak, takde gambar pulaks, hanya kerna peristiwa itu.

On the way pergi dan balik mase lalu Lebuhraya Karak dan LPT, memang banyak eksiden yang kitorang nampak. Ade laa dalam 4-5 kes. Bayangkan, itu baru satu hari. Kalau seminggu, berape eksiden? Sebulan? Waaaaaa. Dukacita dimaklumkan aku juge pernah menjadi salah satu penyumbang statistik tersebut. Anda bile lagi? Hehehe. Ok, sila jangan simpan cita-cita sedemikian, hanya kerna peristiwa itu.

Setelah disajikan dengan imej-imej ngeri tersebut, aku pun memandu dengan lebih berhemah. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali. Melihat dia tertidur juga membuatkan aku ingin memandu dengan sebaik-baik mungkin agar tidak terganggu tidurnya, hanya kerna peristiwa itu. Ahakz.

Selepas kembali ke KL, singgah pula di Kelana Jaya untuk ke kenduri lagi satu, iaitu kenduri Mek Ely Dr. Ely dan Dr. Hazmi. Memandangkan kitorang sampai pun dah lewat (around 6 PM muahahaha), so memang target nak datang bagi hadiah je laa, bukan nak makan. Meja-meja, khemah-khemah semua dah kemas, orang lain pun dah balik dah, hanya kerna peristiwa itu. So, yeah, tahniah juge kepade Dr. Ely dan Dr. Hazmi, semoga berbahagia hingga ke syurga hendaknye.

Yang baju belang tu kawan diorang, aku tak kenal sape. Hahaha.

Pinjam pengantin perempuan jap.

Oh yes, memandangkan aku kurang fasih dengan jalan ke rumah pengantin, maka dapatlah aku test power GPS Garmin kat dalam handfon baru tu. Muahahahaha. Excited lak. Mula-mula musykil gak, jalan mane laa GPS ni bawak, macam nak kidnap kitorang je. Tapi last-last sampai juge. Haibat, haibat. Alhamdulillah, satelit tersebut tidak meng-kidnap kitorang, hanya kerna peristiwa itu.

Alhamdulillah juga, perjalanan sepanjang hari tersebut lancar. Tiada hujan lebat atau lopak-lopak air yang bisa mengganggu-gugat psikologi aku semasa memandu. Hehehe. Malu laa kalau terpakse menangis bile ade passengers dalam kereta. Gyahahaha. P/s: perlu diingatkan di sini bahawa frasa "nak nangis" dalam entry sebelum ini adalah metafora semata-mata, hanya kerna peristiwa itu. Hehehehe.

Oklah. Izinkan aku tutup entry ni dengan ucapan hanya kerna peristiwa itu lagi sekali. Oh!

Friday, December 04, 2009

Mutiara Naga, Part 2

Salam.

Dah 2 hari hujan di waktu pagi, time nak pegi keje. Aku pulak masih lagi 'fobia' nak drive dalam hujan lebat. Aku letak 'fobia' sebab aku sendiri tak sure sejauh mane tahap kefobiaan tersebut. Maybe bergantung kepada sejauh mana tahap kelebatan hujan. And bilangan lopak air sepanjang perjalanan. Kalau hujan renyai-renyai, and tak banyak air bertakung, sanggup lagi kurenangi kuredahi.

Pagi semalam aku cuba beranikan jugak la nak drive pegi keje. Dah drive 1/4 of the way, pastu macam dah takleh gi dah. Nak nangis. Muahahahaha. So patah balik, park dekat LRT station, and pegi keje naik LRT.

Pagi tadi memang sah-sah tak berani. Awal-awal lagi dah serender. So memang terus drive pegi LRT station je (still kene drive pegi LRT station sebab malas nak berjalan bawak payung).

Waaaa. Pinjam lagu Ukays jap, "sampai bila harus diriku begini... oh kekasih..."
Hahaha. Ok, takde kekasih dalam kisah ini. Oh!

Monday, November 16, 2009

Dalam Taman Syahdu

Salam.

Jarum-jarum jam itu sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Aku masih lagi di pejabat pada waktu ini.
Banyak kerja?
Ya.

Sedang buat kerja?
Mestilah tidak. Kan tengah update blog ni. Muahahahaha.
Yer, memang banyak kerja aku yang tergantung tak bertali buat masa ni. Aku pun dah konfius nak buat yang mana dulu. Makin banyak kerja yang pending, makin konfius, makin malas. Makin malas, makin banyak kerja pending. So, dia duk pusing-pusing kat situlah. Makin lama makin banyak. Hohohoho. Actually part konfius tu macam boleh buang, malas je yang sebenarnye. Haha.

Aku baru je lepas kemas ofis sebenarnye. Eh, kemas ofis? Iyer. Basuh pinggan mangkuk, lap meja, buang sampah. Jadi surirumah (atau mungkin lebih tepat lagi, suripejabat) kejap hari ni. Kenapa yer? Kerana hari ini adalah hari potluck kat ofis aku. Memandangkan aku tak bawak apa-apa makanan, maka aku buatlah sumbangan dalam bentuk buruh kasar. Oh! Mulia kan hati aku? Muahahaha. Sebenarnye saje je tulis pasal ni supaya kalau member-member ofis (e.g. Kak Fad & Nurul) bace, diorang terharu. Ahaks. Tapi lepas bace ayat pengakuan tersebut mesti dah tak terharu. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Kak Fad yang penuh tanda seru, "chehhhh!!!"

Potluck. Aku dah takde idea nak bawak makanan ape. Nak bawak megi goreng, malu sudah. Haha. Nak bawak nasik goreng, nasik goreng aku tak best. Dulu-dulu mase belajar, boleh laa celen member-member, setakat pakai perencah Adabi je. Tapi itu sama-sama students. Sekarang nak celen golongan ibu-ibu mithali yang sehari-harian bertungkus-lumus di dapur, tak dapek la... Nasik goreng aku dah laa kompem takde sayur, takde bawang. Haruslah tak mendapat sambutan menggalakkan. Setakat bergantung kepada daya tarikan sosej dan crabstick. Haha. Sayunye.

Oh! Tadi mase makan juga, aku macam biaselah, terpakse berhempas-pulas mengasingkan bahan-bahan yang tidak kuundang (tapi telah diundang oleh tukang masak), iaitu sayur-sayuran dan bawang-bawangan. Ramai laa pulak duk perhati. Malu I. Ahakz. Tapi aku makan fokus je, tak kire orang keliling dah. Haha. Tetibe ade lak member buat statement, "ahh, susah nak masak untuk die ni. Itu takleh makan, ini takleh makan. Patut biar je die bujang." Muahahaha. Well, actually it's quite the opposite kot? Takyah letak ape-ape, kan lagi senang masak gitu?

Dan aku ni sebenarnye bab makan ni amatlah tak kisah. Seingat aku, aku tak pernah rase bosan dengan makanan. Kalaulah ditakdirkan aku ade isteri suatu hari nanti, ahaks, die masak nasik putih dengan lauk telur goreng dan kicap pun dah cukup. Hari-hari pun takpe. Bertahun-tahun pun takpe. Aku jamin aku tak komplen. Hahaha. Percaya tak? Kena laa percaya. Kan ke senang gitu. Sebab tu la aku kadang-kadang tak faham bile orang komplen bosan makan benda yang sama hari-hari. Tapi bukan salah diorang kot, aku je yang ganjil. Genius laa katekan. Muahahaha.

Yer, aku memang seorang genius.

Saturday, November 14, 2009

Mutiara Naga

Salam.

Hujan masih lagi turun membasahi bumi.
Hujan rintik-rintik, air bergelora.
Emak bagi seposen, ayah bagi seposen.
Saya pun pergi sekolah.
Cikgu tanya, "3 tambah 3?"
Saya jawab, "6."

Cikgu 'right,' saya pun lari pulang.
Pagi tadi dah hujan. Mase lunch, dia berenti. So lepas habis lunch tu, aku pikir, "ok, dah boleh gi basuh kereta kot? Petang ni mesti tak hujan dah." Tapi ternyata tak sampai 2 minit lepas basuh kereta, hujan turun semula. Hahahaha. Tapi takpelah. At least berbasuh sikit kereta aku, daripada tak basuh langsung.
Sekarang dah malam, hujan masih belum berenti. Ok jugak, sejuk laa sikit Kota Langit (KL) ni. Hehehehe.

Eh? Oh! Aku dah dapat kereta aku semula. Muahahaha. Tapi tak serupa macam dulu laaa. Kurang sana sini. Next time laa cerita pasal tu, ok?

Sunday, November 08, 2009

Taman Rashidah Utama

Salam.

Malam tadi tido kat ofis. Malam ini juga. Dan mungkin malam-malam seterusnya lagi sepanjang minggu ini. Bulan ini kene standby, oh! Keje habis pukul 2 pagi, LRT pun dah tak beroperasi. Kalau ade kereta (tak siap lagi!), memang aku akan balik. Oleh sebab tiada pilihan, maka ofislah tempat yang paling seswai untuk santai.

Tapi malam tadi aku takut. Janji dengan member pukul 10 malam, tapi aku sampai awal. Disebabkan kerana aku takde transport sendiri buat masa ni, susah sikit nak plan. Semalam tumpang member, dia hantar pukul 8, maka pukul 8 la aku sampai. Malas nak gi tempat lain, duduk je laa tunggu dalam ofis sorang-sorang.

Pukul 8.30, so aku pun get ready lah nak sembahyang Isyak. Tanpa sebarang rasa syak wasangka, aku pun melangkah ke surau. Bukak pintu. Bentang sejadah. Tiba-tiba lampu surau terpadam. Shoot, berderau darah aku. Aku pun bukak balik lampu surau (suis dalam surau je).

Aku bukak pintu surau. Nak tengok kot-kot ade orang kat luar. Takde sape. Tapi mase aku jenguk-jenguk kat luar tu, lampu-lampu dalam ofis lak terpadam satu demi satu. Aku pandang kat suis lampu ofis (tepi surau). Takde sape. Makin cuak. Dah pikir macam-macam dah. Ape-ape pun, bukak lampu dulu. Tengah aku duk bukak lampu tu pun, ade lak lampu lain padam. Ish. Lepas dah pasang balik semua lampu, aku pergi lak jenguk suis yang lagi satu dekat pintu masuk ofis, takde orang jugak. Aihh, psiko betul. Mulut dah kumat-kamit mintak doa macam-macam.

Aku pegi balik ke surau. Takut nak sembahyang. Bukan takut ape, takut kang tengah-tengah sembahyang lampu padam. Kalau belum start or kalau dah habis, boleh gak aku pegi bukak semula lampu tu. Tapi kalau tengah sembahyang, ape-ape pun kena continue dulu. So aku tunggu laa dalam 5 minit. Lepas konfiden dah stabil, aku pun sembahyang la. Susah nak concentrate hoooo. Bulu tengkok duk meremang tegak je.

Anyhow, lepas sembahyang dah lega sikit. Duk pikir nak stay tunggu dalam ofis ke, nak tunggu kat tempat lain. Kalau tempat lain pun, nak gi mane? Hahaha. So, stay dalam ofis je lah. Pastu teringat laa pulak pernah bace satu email dari Management Menara TM. Diorang akan execute satu operasi untuk tutup lampu secara automatik pada waktu malam (centralized). Huh. Itu je yang aku boleh pikirkan secara logik untuk menenangkan hati.

Pukul 1.30 pagi sekali lagi lampu padam. Tadi mase nak sembahyang Isyak hari ni pun padam lagi pukul 8.30 malam. Time aku tengah menulis ni pun lampu terpadam tadi, pukul 10.30 malam. So, confirm laa kot? Automatik?

Penat ah camni nak kene gi bukak semula lampu every 2-3 hours or so. Bulan-bulan sebelum ni takde pun. Hohohoho. Takpelah, at least diorang tak tutup semua terus sekaligus. Diorang tutup one by one. So, sempat ler aku nak bukak balik before gelap terus.

Ku berpijak nyata di sini
Tak tercapai bintang di langit
Ku siramkan air mata
Pada darah cinta
Sebagai hiasan taman ini

Oops tetibe ternyanyi.

Tuesday, November 03, 2009

Satu Lampu Depan

We'll run until she's out of breath
She ran until there's nothing left
She hit the end - it's just her window ledge

Oh!

Tuesday, October 27, 2009

Perjalanan Ke Barat

Tekak aku masih pedih. Pagi tadi mase nak tuang Listerine dalam mulut, tetibe terlebih laju. Maka tertelanlah seteguk dua. Shoot.

Ape-ape aku makan hari ni semua rase... minty. Oh!

Monday, October 19, 2009

Butang Baju Abang Mana Pah?

What's your favourite RSS feed reader? I'm using a Firefox extension called Brief.

Tuesday, October 13, 2009

Justeru

Salam.

Perkataan 'justeru' rupa-rupanya membangkitkan perbincangan yang agak menarik. Jika anda rasa diri anda tidak atau kurang tertarik, mungkin anda tidak mencintai Bahasa Melayu. Hahaha. Boleh tak buat statement cenggitu?

Ok. Mengikut Kamus Dewan Edisi Tiga, 'justeru' secara kasarnya membawa maksud 'malahan.'
Contoh ayat yang sesuai adalah seperti berikut:
  • Suraya bukan sahaja seorang yang cantik, justeru (malahan) sangat bersopan-santun.
Akan tetapi, apa yang biasa kita dengar sejak sekian lama adalah 'justeru' digunakan untuk menggantikan 'oleh [kerana] itu' atau 'oleh yang demikian.'
Contohnya:
  • Suraya seorang gadis yang sangat cantik, justeru (oleh itu) ramai pemuda yang menaruh hati kepadanya.
Walau bagaimanapun, mungkin disebabkan kesilapan tersebut semakin berleluasa dan tidak dapat dibendung lagi, maka Kamus Dewan Edisi Empat menambah satu lagi deskripsi bagi membolehkan perkataan 'justeru' membawa maksud 'oleh itu' juga. Justeru, saya sudah boleh menggunakan 'justeru' dalam ayat ini. Ahaks.

p/s: salah silap harap dimaafkan (dan dibetulkan!)

UPDATE: Tapi aku pelik kenapa bila tengok dalam Rujukan Kamus Terbitan DBP dia cakap sama je definisi dalam Kamus Dewan Edisi Tiga dan Edisi Empat untuk perkataan 'justeru'?

Aku check dulu dalam Kamus Dewan Edisi Empat yang aku bukak kat kedai. Selak sikit-sikit je. Akukah yang silap check?

Friday, October 09, 2009

Windows XP vs Windows Vista

Salam. Tajuk takde kaitan. Hehehe.

Entry sebelum ni letak gambar eksiden je nak bagi saspen. Ni baru nak citer sikit-sikit ape jadi. Aku persembahkan dalam point form je laa yer.
  • Berlaku di kilometer 85, Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Dalam perjalanan dari Jengka ke KL. Kilometer 85 tu dekat-dekat nak sampai plaza tol Karak ler. Waktu lebih kurang 2:40 petang, hari Isnin 28 September 2009.
  • Hari hujan, agak lebat jugak laa. Aku pun drive slow aje ler. Well, relatively slow. Hehehe. Tak ingat berapa, tapi rase-rasenye lebih kurang 100km/j gitu.
  • Kira-kira 1-2 minit lepas memotong sebuah ambulans, aku sampai ke satu selekoh tumpul (tak tajam pun!) Tapi air bertakung kat situ agak dalam sikit. So tayar aku pun berlari-lari anak laa dibawa air.
  • Hilang kawalan. Ape yang aku ingat, kereta terus aje menggelongsor. Bahagian depan sebelah kanan terlanggar divider tengah jalan. Lepas tu die balas balik (action + reaction) menyebabkan bahagian belakang sebelah kanan pulak langgar divider tu. Die balas lagi sekali, kali ni kereta aku langgar bahagian depan pulak. Melintang tengah jalan, kat lorong paling kanan. Lebih kurang macam diagram di bawah la, except jalan tu 3 lorong (termasuk emergency lane) dan jugak kete aku takde laa sebesar tu. Hehehe.
  • Pastu aku blur. Taktau nak buat ape. Try bukak pintu, takleh, dah stuck. Ok, takpe laa. Tibe-tibe ambulans yang aku baru potong tadi lalu. Alamak, malunye dengan ambulans tu. Ok, nyorok dulu, jangan bagi die nampak muka. Hahaha, boleh tak cenggitu? Ambulans tersebut berlalu tanpa menghiraukan aku. Lampu die memang duk menyala lip-lap-lip-lap dari tadi, memang ade emergency laa tu.
  • Bile kete-kete lain lalu pun aku nyorok-nyorok sikit. Malu beb. Tak ingat pulak ade buat-buat pengsan ke tak. Hahahaha. Mesti diorang cakap, "oooo tu laaa kereta yang bawak laju-laju tadi. Haaa padan muka, baru dia tau! Amende laaa tengah-tengah hujan ni pun nak bawak laju-laju..." Yer, yer, saya tahu memang salah saye. Hiks. Insaf, insaf...
  • Ambik telefon, call mak. "Assalamualaikum ma. Angah... hehehe... angah eksiden sikit. Haha..." Bla bla bla... sambil gelak-gelak cover. Panjang lak citer. Padahal still duduk dalam kete yang duk melintang tengah jalan lagi. Memang carik penyakit.
  • Try start kete. Uih, hidup lagi. Tapi steering berat yang amat. Tetibe ade datang sorang mamat ketuk cermin aku. Die kasi isyarat suruh move kereta letak kat tepi. Hahaha.. Bagus idea tu (obviously! Gile ape tunggu tengah-tengah jalan?) So aku pun park laa kat tepi jalan. Oleh sebab pintu belah driver takleh bukak, aku terpakse keluar ikut belah passenger depan.
  • Mamat tadi kerje workshop rupenye. Aku terbau sesuatu yang keikanan (I smell something fishy. Hehehe...) Tapi memandangkan tak sempat nak pikir option lain and tengah blur, aku terima ajelah bantuan die. Sangka baik sekali-sekala, dengan harapan die jujur dan ikhlas.
  • Lepas ambik barang-barang penting dan lock kereta, aku pun ikut mamat tu pegi buat report polis kat Balai Polis Karak. Kereta tinggal kat situ dulu, untuk ditarik. Rase risau nak tinggal, tapi pegi jugak. Lepas buat report polis, jumpa dengan dua orang pekerja MTD Prime (pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga LPT). Pastu barulah macam lega sikit, kurang sikit syak wasangka - atas sebab-sebab tertentu.
  • Kereta aku pun ditarik ke Karak. Kat situ ler aku ambik gambar-gambar dalam entry terdahulu. Lepas dah settle dengan orang-orang MTD Prime tadi, kereta aku pun ditarik ke workshop kat Mentakab. Aku duduk dalam tow truck tu jugaklah.
  • Call bos mintak emergency leave. Hahaha.
  • Sementara tu, family aku pun dah gerak dari rumah ke Mentakab untuk ambik aku dan barang-barang dalam kete aku kat workshop. Diorang naik kete abang ipar aku. Hehehe.
  • Lepas dah setel semua, aku pun balik ler ke Jengka. Esoknye baru balik ke KL semula, naik bas.
Maklumat tambahan:
  • Mengikut kata mamat workshop tu, maybe akan ambik masa 3 minggu untuk siap.
  • InsyaAllah boleh claim insurans
  • Akan kene saman polis. Muahahaha. RM300?
Kisah benar:
  • Adik aku asalnya plan nak balik ke KL dengan aku. Tapi die ade hal, so die balik awal naik bas hari Sabtu. Maka selamatlah die daripada trauma itu. Hahaha.
  • Dua-tiga hari sebelum tu, mase pergi beraye rumah sedare-mare, family aku sembang-sembang pasal bas. Aku pun cakap ler, "uii, dah lama tak naik bas..." Rupa-rupanya memang sungguh nak kena naik bas lepas tu. Hahahaha. Hambik kau, nak sangattt.
  • Atas sebab-sebab tertentu, aku awal-awal lagi, even sebelum raye, memang plan nak naik LRT pegi keje bulan ni. Rupa-rupanya memang sungguh nak kena naik LRT pegi keje bulan ni. Hahahaha. Hambik kau lagi sekali, nak sangattt.
Apa-apa pun, aku sangat-sangat bersyukur sebab:
  • Tak melibatkan orang lain. Kereta paling dekat pun ambulans tu je lah. Itu pun jauh 200-300 meter di belakang kot. Tapi kasihan sama divider itu laa, 3 kali kene hantam. Hiks.
  • Walaupun kereta agak teruk and kene masuk workshop, aku sihat alhamdulillah. Sakit tengkok sikit je, rase macam buat work-out tanpa buat stretching terlebih dahulu. Tapi sekarang dah baik. Dan luka sikit kat kaki sebab terguris sembilu bisa. Ooops, terguris pedal minyak. Luka sikit je, tapi sakit ler kalau pakai kasut. Dah laa kene jalan kaki pegi stesen LRT pagi-pagi. Huhuhu sedih, sedih... Bile aku jalan terhencot-hencot dalam ofis, semua kate aku berlakon. Chis. Aku sakit betul-betul laaa. Tapi memang overacting sikit pun. Ahaks.
  • Kate orang, "beringat sebelum kena." Tapi sebelum kena tu, memang susah laa nak beringat kan? Ni dah kene ni (even though tak teruk sangat), aku harap aku akan beringat lepas ni. Dan menjadi pemandu yang lebih berhemah. Oh!
Itulah serba-sedikit dan serba-sebanyak kisah kemalangan yang tak berapa ngeri tersebut. Walaupun tak ngeri sangat, tapi diharap dapat menjadi tauladan buat diri ini, dan diri para pembace sekalian.

Tuesday, September 29, 2009

Ouch!

Sepertimana kau dan mentari...

Monday, September 07, 2009

The RONs

Aduh. Kereta aku rase pelik bila pakai Petronas Primax95 (sebelum ni pakai Primax3). Aku kalau buleh taknak tukar, biarlah harga mahal sikit pun. Tapi masalahnye susah pulak nak carik stesen yang ada Primax3. Huh. So, terpakse jugaklah eksperimen pakai Primax95.

Aku cakap "rase" pelik sebab aku taktau ape yang aku rase tu memang betul2 ataupun cuma psikologi aje. Tapi memang rase tak best. Nak accelerate pun macam segan je. Tekan2 minyak, tengok meter, ler, baru 110km/j? Rase macam tak sampai hati nak tekan dah. Isk.

Bace forum2 bebas, ade beberapa orang cakap cubalah dulu beberapa tangki penuh RON95, nanti oklah kereta kau dengan minyak baru tu. Huhuhu. Tapi bukankah itu pun psikologi jugak? Makin lama kau pakai, makin terbiaselah kau dengan bende tu, so that kau tak rase die lemah lagi. Aishhh. Sakit kepale. Sakit jiwe.

Nak kembali kepada Petronas Primax3 tapi macam aku cakap, agak susah nak carik. Yang paling dekat ade kat kat tepi McD tu, tapi satu pump aje. Hampeh betul. Maybe perlu tukar kepade Shell terus. Tak kirelah, asalkan kembali ke RON97. Ambik kau.

Wednesday, September 02, 2009

Spark Plug

Keunggulan cinta
Dari sinar mata
Yang bergelora

Wednesday, August 26, 2009

The Show, Part 2

Kali ini, Watak Utama Lelaki dan Watak Utama Perempuan pergi ke pawagam pula. Untuk apa lagi kalau bukan untuk menonton wayang gambar. Selepas membeli popcorn dan sementara menunggu untuk masuk ke dalam panggung, mereka berlegar-legar di hadapan pintu masuk, sambil melihat poster-poster yang ada.

Mereka tiba di hadapan poster sebuah filem lakonan Jack Black.

Watak Utama Perempuan: You suka Jack Black?
Watak Utama Lelaki: Depends. You?
Watak Utama Perempuan: Tak suka sangat kot.
Watak Utama Lelaki: Then I pun tak suka sangat laa kot =)
Watak Utama Perempuan: Eyyy, tak aci tau!

Dan Watak Utama Perempuan berpura-pura ingin memukul Watak Utama Lelaki. Tapi, beliau hanya berpura-pura atau memang betul-betul nak pukul? Anda tentukan. Anda mampu mengubahnya.

Tidak lama kemudian, mereka pun masuk ke dalam panggung wayang gambar tersebut. Oh!

Sunday, August 23, 2009

Friday, August 14, 2009

The Show

Watak Utama Lelaki menghantar Watak Utama Perempuan ke pintu rumahnya. Siap tolong bukakkan kunci lagi. Huh.
Watak Utama Lelaki kemudiannya kembali ke kereta, berjumpa dengan kawan-kawannya.

Girl 1: So did you get her mobile phone number?

Watak Utama Lelaki: Nope.
Guy 1: No? What do you mean no?
Watak Utama Lelaki: I got something even better. Her home phone number =)
Girl 2 (to Guy 2): Eh, how come you never gave me you home phone number?
Guy 2: Err guys, I think we better go!

Dan Watak Utama Perempuan itu pula sedang tersenyum di tepi tingkap. Oh!

Sunday, August 09, 2009

Misteri Mimpi Syakila

Di manakah menghilang
Diriku sendiri
Hanyut dalam bayangan
Sebuah misteri

Harum tiada wajah
Mengelilingi aku
Dalam suasana
Yang terharu

Lukisan impianku
Gambaran di mana
Cuaca yang begini
Apakah mahunya

Aku adalah aku
Nyanyi lagu yang rindu
Lemah langkahku mengejarmu

Bila pun engkau menjelma
Di sini aku berdiri
Ku menanti
Walau hilang ceritamu
Di hati tetap abadi
Sentuhanmu

Mana Syakila
Siapa Syakila
Aku pun tak tahu
Oh oh..
Syakila…

Thursday, August 06, 2009

Bisnes Lebih Mudah

Pada saya, broadband merupakan nadi bisnes kami.

Artis terbaru kami, Ladylike dari Sweden, diujibakat melalui webcam. Bunyi macam pelik, tapi kalau mereka bagus di internet, bayangkan jika mereka beraksi di atas pentas.

Sementara di Louisiana, Amerika pula, kami telah menerbitkan filem Deadline. Bagi setiap babak yang siap dirakam, mereka terus emailkan klip-klip video itu kepada kami di sini. Jadi apa-apa nak komen, nak tukar, [petik jari], senang. Seolah-olah kami berada di situ.

Dengan broadband, dunia dah jadi pentas kami. Cipta muzik di Eropah, buat filem di Amerika, dan siapkan di KL. Tiada sempadan lagi.

Pada saya, masa depan ialah digital.

Tuesday, August 04, 2009

KFC

KFC versi kota - Kentucky Fried Chicken
KFC versi kampung - Karim* Fried Cempedak

Woooohoooo. Aku kepingin Cheesy Wedges KFC dan juge cempedak goreng KFC...

* Nama Karim boleh ditukar mengikut kesesuaian =)

Monday, August 03, 2009

ISA

Logik tak kalau orang yang pergi buat perhimpunan haram untuk support ISA, ditahan bawah ISA atas sebab melakukan perhimpunan haram? Mesti menyesal die support kan. Kekekeke.

Aku... tidak menyebelahi mane-mane pihak. Selagi ISA tak ganggu hidup aku, biarlah die ade ke takde ke. Takde kena-mengena dengan aku. Ni mentaliti ape ni? Hahahaha.

Monday, July 20, 2009

Pocong? Jengka 4?

Dari Berita Harian: Pocong Gemparkan Felda Jengka 4

Errr, Jengka 4 kat mane? Walaupun kampung aku kat Jengka 1, aku rase aku tak penah tahu-menahu Jengka 4 kat mane. Muahahahahaha.

Sunday, July 19, 2009

Harimau Malaya

Salam.

Semalam ternampak seekor harimau. Tetibe terpikir, "eh, kalau harimau kat Terengganu, die bunyi camne? Aummmmm ke aunnggggg?" Huhuhu.

Wednesday, July 15, 2009

Panggilan Telefon

Salam.

Aku kerja kat bahagian IT. So tadi ade laaa sorang user yang tak dikenali ni call, die tanye camne nak print report. So aku pun bagitau laaa camni, camtu, camni, camtu... lepas dah habis tu, aku pun cakap laa kat dia, "ok, cuba akak try print. Tengok jadi ke tak."

Akak tu cakap, "oooo tunggu kejap." Tak lama lepas tu die tanye balik, "haaa dah ok, dah keluar. Betul laaa rupa die macam ni kan?"

"Eh, alamak kak. Mane saye nak nampak macam mana rupa die..."

"Ooooo ye tak ye jugak... hehehehe... ok laa ni kot, same je dengan skrin ni."

Haha. Kelakar laaa akak tu.

Ade satu hari tu pun kelakar jugak. Ade sorang user ni call, die cakap rase pelik kenape die takleh guna some of the functions. Takde authorization katenye. Ni user lain, bukan akak tadi. Dan akak yang ni pun tak dikenali juge...

Then, aku pun try laa godek2 dalam system, tengok roles, authorization, permission, etc etc. Tak jumpe kat mane problemnye. So aku pun cakap laa kat akak tu, "hmmmm... camni lah kak. Boleh akak pinjamkan dulu username dengan password akak? Saye nak kena try dulu."

"Ooo boleh2. Username, yang akak bagitau tadi. Password... eh, kalau akak bagitau kau jangan gelak tau."

"Laaa kenape pulak saye nak gelak?"

"Takde ape. Jangan gelak tau. Password dia... angahcomel."

"Kahkahkahkahkahkah..." [seriyes aku gelak gile2]

"Eh kau gelakkkkkkk!!! Bukan main lagi kau gelakkkk!!!"

"Hahahaha... sori2, tak sengaja... hahahahaha... sangat kelakar ni..."

"Ey kalau akak tak cakap akak comel, sape lagi nak cakap akak comel?"

"Laaa camtu pulak... ye laaa, ye laaa... hahahaha..."

"Eh tapi akak memang comel tau. Kalau kau datang kat ofis akak, tengok akak, haaaa... baru kau tau..."

"Yer, yer, saye paham, saye paham... hahaha... ok lah, nanti bile dah ok saye call balik... Angahcomel? Hahahaha. Adui, sakit perut..."

"Eh diam laa kau... hehehe... terima kasih, terima kasih..."

"Sama-sama... hahahaha..."

[Letak telefon]

Food, Glorious Food

Salam.

Hehehe. This entry is not about about food actually. It's 02:30 in the morning, and I'm in my office right now. Workaholic? Not really. It's a responsibility, not something I do because I wanted to.

This is the fourth night I'm spending in the office (for this month). Let's see...
  • Came to office on Saturday 02:00, went home on Sunday 02:00 (1 night)
  • Came to office on Monday 01:30, went home on Tuesday 05:30 (2 nights)
  • Came to office on Tuesday 14:00, and currently still here... not sure yet when to go back...
And right now I'm eating an almost-2-days-old roti canai. Uhhh, it seems this entry does have something to do with food after all! Not a glorious one though.

Tuesday, July 07, 2009

Pandu Cermat Jiwa Selamat

Aku berazam untuk memandu dengan lebih berhemah.
Hip hip! Shohoku, berusahalah!

Some tips for meself (to be added over time):
  • Check surrounding before changing lanes. Double-check both sides. Triple-check the blind spots!
  • Make it a habit to signal before changing lanes or making turns. Even if no one else is around!
  • Don't do crazy cornering! Hehehe. This is super hard as I used to (and still) think that it's so not cool to brake while taking corners =P
  • Avoid sudden braking. Not good for the passengers. The driver of course-lah know when he/she brakes, but not the passengers.
  • Avoid cucuk-cucuk. Sangat susah juge. Sometimes I consider cucuk-cucuk as part of the ICE (in-car-entertainment). Hehehe.
  • Obey the speed limit. Very hard to do when no one else is around, and even harder to do on the highway!
  • Be patient! Mengucap & istighfar banyak-banyak!
  • Give more ways to motorbikers! If something were to happen to them, you're the one who will be blamed in most cases...
  • Take time to park properly
  • Make sure you know which way you're going. It helps you to focus on the driving instead of the direction. It can also avoid last minute lane-changing!
  • Don't forget to switch on the headlights when driving at night. Yes, the streets of KL are super bright, but it's not a question of whether you can see your way or not. It's more important to ask whether other drivers can see you or not.
  • Try not to run the red lights - even in the early mornings where you feel stupid waiting for the invisible cars from other directions to move... Super hard to do. LOL. I go to work before 6 in the morning, so the volume of traffic is very very low. That's why I do run some of the red lights. Gotta stop doing that huh?
Those who knew my driving style should also knew that all of the above are soooo relevant!
Hmmm. Feel free to add =)

Monday, June 29, 2009

PS2 oh PS2!

Salam,

Hehehehe. Orang lain dah bergerak ke era PS3 dan Wii, aku pulak baru nak start layan PS2. Ape buleh buat, kat kampung aku dulu mane penah jumpe PS2. Dah dok rumah bujang kat KL baru laaa nak gatal beli itu ini...

So, game feveret aku buat mase ini ialah Guitar Hero III. Muahahahaha. Tersangatlah hooked-on nyer sampai aku dah tak sanggup nak main pakai gamepad lagi. Memang terase nak beli gak laaa gitar die. Pusing2 kat Low Yat tak jumpe. Pusing2 kat BB baru jumpe. Satu kedai tu aku tanye diorang jual RM190... pikir dua kali gak laa nak beli ke tak. Lepas pemikiran kali kedua tu, aku cakap takpelaa, saje je tanye harga. So aku pun pegi laa jalan2 carik kat kedai lain pulak.

Last2 elok sebelum balik, jumpe kat satu kedai ni. Die jual RM100 je. Pastu gitar original katenye. Die cakap lagi, kat kedai lain kalau jual gitar tak ori pun mesti lebih dari RM100. Tapi kat kedai die gitar ori RM100 je. Nak cakap aku percaye 100%, tak jugak. Tengok die punye kotak pun putih je, takde gambar ape2. Tapi oleh sebab harga macam jauh gile beza dengan kedai tadi, aku rembat aje ler. Kedai tu agak dodgy, resit pun tak bagi. Aku pun tak teringat langsung nak mintak. Excited sangat kot. Dah jalan nak sampai parking baru teringat. Malas lak nak pusing balik. So aku blah aje lah.

Bile sampai rumah, ape lagi, terus laaa dengan rakusnye membukak kotak itu. Muahahaha. Bile bukak die nyer packaging, memang nampak macam original laaa gitar itu. In fact aku yakin memang ori, walaupun kotak putih die itu sangat dodgy. Muahahaha. Sental aje ler.

Aku pun tayang laa kat housemate aku ni. Die cakap, "wow! Ade orang beli gitar! Eh, tapi mane talinye?" Chis. Sengal betul budak itu. Keluar lak housemate aku lagi sorang dari bilik dia (si Azmir, kaki Guitar Hero jugak). "Wooooo, tu laaa kau taktau, ini gitar moden mane ade tali!" Kakakaka. Saje nak pedajal member. Last2 aku pun cakap laa kat die, itu gitar untuk main PS2, memang laa takde tali. Tekan button je.

Ape2 hal pun, lepas tu aku pasang PS2 kat monitor PC dalam bilik, terus layan. Tapi hampeh nak mampus laaa, susah lak main pakai gitar ni. Pakai gamepad senang je. Hahaha, obviously. Anyways, seronok2! Buat mase ni aku prektis dalam bilik je laa. Agak2 dah terer kang baru letak kat luar, biar si Azmir terkial2 nak kejar skill aku. Muahahaha. Of courselah, setakat pakai gitar PS2, apelah sangat kalau dibandingkan dengan gitar betul yang bertali itu. Ah, whatever. Muahahaha.

Pandangan depan dan belakang... atas bantal busuk yang tak busuk kot. Muahahaha.

Die ade bagi banyak sticker jugak dalam kotak tu. Tapi belum tampal laa...

Belah belakang. Nampak macho gak laaa. Muahahaha.

Ooops, DDR punye dance pad pun terbeli sekali? Muahahaha.

Apekan daye... mase tak akan kembali... hancur musnahlah... semuanya...

Anggapanmu

Sekebun cinta nan berbunga
Teguh berdiri nan berduri
Aku yang asli
Di dalam mekar
Bila terbit mentari
Menguntumlah

Sejambak cinta nan berbunga
Megah berdiri nan tiada
Mekar dan kukuh
Bau dan kaku
Itulah pilihanmu
Aku di taman hanya perhiasan
Mata ungu

Hanya mampu ku melihat
Kecurangan warna bunga
Idamanmu
Berbaja tiada

Sedang aku anggapanmu
Menyusahkan untuk
Meraih impian
Terlontar ku di halaman

Pemusnahku adalah kumbang
Runtuh bila ku kelayuan
Impianmu hanyalah masa
Untuk menikmati segala
Belum pasti
Dirimu bahgia

Walaupun aku dipersia
Dari kaca perhiasanmu
Kan ku mengorak
Kuntuman bunga
Seluruh taman ini
Moga matamu bila kejauhan
Terserlahlah…


Xiana Xain rox. Wooohooooooooooo!
Btw, oh!

Saturday, June 20, 2009

Ofis dan Makanan

Salam.

"Ofis dan Makanan," menarik tak tajuk tersebut? Muahahaha. Aku taktau ofis / tempat keje korang camne, tapi kat ofis aku memang banyak makanan (free!). Selalu je ade orang yang sudi-sudan membelanje. Belanje tu bukanlah setakat belanje sorang dua, tapi belanje satu ofis. Contoh laaa, untuk minggu ni saje:
  • Ahad: bos beli KFC untuk insan2 yang kene standby. Free dinner. Muahahaha.
  • Isnin: ade potluck* yang cover makanan untuk breakfast & lunch. Bagi yang kene standby sampai malam, untuk dinner pun adelah, kalau ade lebih2 tu...
  • Selasa: mase minum petang, ade orang belanje goreng pisang, cekodok, cucur ubi, cucur udang, kepok lekor, etc etc. Untuk dinner pulak, ade orang order Domino's Pizza**.
  • Rabu: entah. Aku cuti. Hehehehe.
  • Khamis: ade orang belanje KFC and donuts Big Apple for lunch. Wooohoooo.
  • Jumaat: ade orang belanje Domino's Pizza** for dinner.
* potluck diadakan hari Isnin, 2 minggu sekali biasenye.
** feveret kitorang kat ofis: Classified Chicken. Kalau aku yang order, at least 2 keping mesti Classified Chicken. Muahahahaha.

Selain daripada tu, makanan2 feveret lain seperti nasik beringin, nasik kandar, nasik lemak, nasik kukus pun selalu gak orang belanje. Tidak dilupakan kek Secret Recipe juge (restoran Secret Recipe kat bawah ofis kitorang je). Tapi tu semua untuk minggu2 lainlah, minggu ni dah penuh. Hahaha.

Oleh sebab aku pun duduk dalam suasana belanje-membelanje macam tu, aku pun kadang2 terbukak jugak laa pintu hati nak membelanje. Hehehehe. Dan oleh sebab tersangat banyaknye makanan2 free itu jugaklah sangat susah aku nak menguruskan badan. Waaaaarrggghhh! Hehehe.

Ape2 pun, alhamdulillah syukur nikmat =)

Saturday, June 13, 2009

Kek Batik dan Anda

Snippet dari entry dolu2:
31 Oktober 2004 - Kek Batik Alpha Version...

wahaha...esok kitorg (aku ngan azmir) budget nak buat kek batik aa..first try aaa..bkan ape, esok ade majlis bukak puase beramai2 kat city centre..n kena aaa bawak ape2 kuih muih walaupon main meal dah ade..potluck laaa katekan..camne pon kitorg nak try kek batik sbb best..pastu nampak cam senang je..bahan2 die pon mudah je nak carik rasenyer..so kalo jadi mmg kang tiap2 minggu aaa aku buat kek batik..ahaha..gemuk aaa...
Itulah satu2nye percubaan aku untuk buat kek batik. Ternyata gagal. Masin nak mampus k. Sampai sekarang masih trauma nak mencuba lagi. Hahahaha.
Azmir, kau ade try lagi ke lepas tu? Hahaha.

Apsal aku asyik teringat kat UK je sekarang?
Lakeside 3, 51.8

Thursday, June 11, 2009

BR

Ratapan naluri memanggilkan namamu
Kerana pertemuan ini
Akan ku abadikan segala memori
Ku lewati waktu itu di dalam pelukanku
Gugurnya pemisah di antara kita
Terbinanya satu mercu tanda
Cinta yang setia
Meredahi masa, meniti usia
Hingga ke akhirnya ku abadi cinta
Di hati ini, di hati ini...

Saturday, June 06, 2009

Soldat

"One of the most addictive and fast-paced online multiplayer experiences ever created."
-Gamespot

Hehehe... Gamespot quote taken from Soldat Homepage. Soldat definitely IS the best if you ask me. I used to play it multiplayer-ly online once or twice while studying in the UK back then, but I would usually enjoy more playing it offline, alone. Why? There were (and definitely ARE) some seriously sick people killing for fun out there. I just couldn't (and still can't) survive :P

Some screenshots, also taken from the homepage, in case you guys are not interested enough to go there yourselves:

It's fun, it's addictive, it's crazeee(!), and it kills time too. Blood and explosions all over. Can't say more. Try it yourselves. Even the free version is more than enough to satisfy your bloodlust. Hehhh. After all the download size is only 13MB or something. That's actually very small for such an action-packed game!

Tuesday, June 02, 2009

That One Song

Salam.

When did I buy my SE W910i phone ah? Can't quite remember the exact date. But the first few messages in my inbox were dated Jan 19, 2009 so I believe it should be around that time lah. A 2GB memory card was included in the package, but guess what, until now there's only one song in there. Well, of course lah I don't take the default MP3's (the ones that came with the phone) and my two BPR ringtones (10-20 seconds only) into consideration. Hehehe.

Can you guess what that one song is?
Those who already knew, shhh! Lol.

Wednesday, May 27, 2009

"Di" Dalam Dilema

Salam.

Hehh. Aku rase agak terpanggil untuk menulis pasal bende ni. Tak penting pun, kesilapan tatabahasa yang kecik je. Kesilapan yang dimaksudkan adalah penggunaan perkataan/imbuhan "di."

Sebagaimana yang kite tahu, errr, sebahagian daripada kite tahu, kite boleh menggunakan "di" dalam pelbagai bentuk. Salah satu (or rather, salah dua) daripadanya adalah:
  • Menunjukkan tempat/arah - contohnya: di atas, di sana, di belakang
  • Sebagai imbuhan awalan - contohnya: dibuka, dibersihkan, dikunci
So, daripada contoh-contoh di atas, nampak tak kat mane bezanya? Perbezaan yang dimaksudkan adalah, jarak. Dengan kata lain, perlukah perkataan/imbuhan "di" tersebut dijarakkan?

Secara umumnya, kalau "di" digunakan untuk menunjukkan tempat/arah, maka ia perlulah dijarakkan. Jika digunakan untuk tujuan-tujuan lain, i.e. sebagai imbuhan awalan, maka silalah rapatkan ia. Contohnye, macam yang ade kat atas tu...

Sepertimana yang aku cakap mula-mula tadi, bende ni bende kecik je. Maknenye, kalau kite tulis rapat ke, jarak ke, orang still akan paham ape yang kite cuba sampaikan. Cuma bagi orang yang tahu bende tu salah, sakit mata laa. The reason why aku komplen ni adalah kerana lately ni kat ofis aku banyak pulak notis-notis yang menyakitkan mata aku. Kalau notis-notis yang saje suke-suke, notis-notis yang informal, takpelah. Tapi kalau formal notices pun macam tu, adeh... sangat menjengkelkan. Hahahaha.

Oh well... aku tahu grammar aku pun berterabur, tak kire laa Bahase Melayu or Bahasa Inggeris. But sharing is caring. So, ape-ape ilmu pengetahuan yang kite boleh share, share ajelah... kan... hehehe. Disclaimer gitu.

Monday, May 25, 2009

Sunday, May 03, 2009

"2 is my 6"

Heh. Yet another "6". This has been quite fun.

"Eyes of the Tiger". Hehh.

Quite fun, but very sad though, if you know what I mean. Hehehe.
Do you guys know what car that is? Actually, "car" is not the correct term. It's pretty big. They call it an SAV/SAC or something, instead of a car.

Get ready for the last pics. Lol.


That's all folks. Feel free to comment. Or bash. Ngehehe.

P/s: heck, there's a red Gen2 CPS? Coolness.

Sunday, March 22, 2009

Crossfire - Realiti dan Fantasi

Kita sering dibatasi
Realiti dan fantasi
Saat cinta bersemi
Bersama berilusi...

Oh oh oh.
Kate orang, lagu ini agak mencabar bagi mereka2 yang suke ber-karaoke.
Kenape yer... kerane mula2nya agak rendah tapi lepas tu tetibe jadi tinggi. Hehehehe.
Selamat mencuba!

Dan juga jangan lupa untuk mencuba lagu Awie - Di Penjara Janji.
Oh!

Saturday, March 14, 2009

Mazda 6

Assalamualaikum.

Saje. Nak citer sedikit. Haritu aku drive balik kampung. Ade emergency case. Aku balik dengan auntie aku la. So seperti biase bila atas highway, sangat susah untuk aku "mengekang" kaki aku daripade menekan pedal minyak. Hehehe. Aku drive around 160 km/j, auntie aku akan tegur, "angah, dah lebih speed limit tu ngah..." hehehehe. So dengan penuh taat setia aku pun slow laa sikit... patuhi had laju 110 km/j gitu... tapi kejap je laa. 5 minit lepas tu naik balik 160. Muahahaha. Auntie aku pun tegur 2-3 kali je. Pastu die pun dah malas nak tegur kot. Hehehehe. Mase tu weekday, jalan kosong. So memang sedap laa nak laju2 sikit. Aku explain kat auntie aku, die pun paham kot.

Itu cerita mase drive dari KL balik ke kampung. Oleh sebab esoknye kene kerja, so malam tu jugak kene drive balik ke KL laa. So, malam punye cerita macam kelakar sikit. Sebelum tu, sedikit fakta sampingan: aku sejak akhir2 ni sememangnya sedang sangat2 mengkagumi kecantikan Mazda 6. Sile rujuk gambar di bawah. Kete tu nampak sangat cun, so aku siap guna sebagai wallpaper + screensaver untuk PC aku lagi. Muahahahaha.



OK, sambung balik cerita malam tu. On the way balik KL laa ni. Aku baru masuk highway laa time tu. Seperti biase, aku terus je masuk ke lane paling kanan, memang tengah prepare nak laju2 sikit laa ni. Tapi tengah nak pick up speed tu, tetibe ade orang "kasi api" kat belakang. "Kasi api" tu maknenye same laa macam flashing the headlight, bagi yang tak paham bahase orang kampung... hehehehe. Aku pun dengan rase terpakse masuk laa lane kiri jap. Nak kasi laluan. Sambil2 tu dalam hati sempat lagi emo, "ak elah mamat ni, lek aaaa". So, lepas die potong tu, aku pun masuk balik lane kanan, and kejar balik kete tu. Ikut betul2 belakang die. Memang dah hobi kan, nak buat camne... muahahahaha.

Oh oh oh... rupe2nye kete yang kasi api tadi tu ialah sebuah Mazda 6. Damn, what a coincidence. So, ok... sambil2 ikut bontot kete tu, sambil2 usha laa kan. Dan oleh sebab die bawak around 140 km/j gitu, aku pun same je laa speed lebih kurang tu jugak (dalam hati aku dok ngutuk, "ak elah, takde laa laju sangat pun. Kecoh je suruh aku ke tepi tadi." Tapi acceptable la, malam kan... hehehehe). Secare automatiknye auntie aku tegur lagi, dah lebih speed limit katenye. Aku pun, "ye laaa, ye laaa," tapi tak slow jugak. Hehehe. Keji je perangai. Aku pun explain lah kat auntie aku perihal kete Mazda 6 tu kasi api tadi. Auntie aku cakap takyah layan, budak2 muda lagi tu. Ey, aku pun muda lagi ar kan. Hehehehe.

Anyway, tak lama lepas tu (masih lagi mengikut di belakang Mazda 6 tu), tibe nampak ade polis kat depan. Damn. Kete Mazda 6 kat depan tu polis dah suruh ke tepi dah. Haruslah sebab speeding kan. Aku dok pikir, kalau die kene, aku pon kompem laa kene jugak, sebab aku dok ngekor same je speed kat belakang die. So bile turn aku lalu tepi polis tu, memang macam dah berserah je la. Auntie aku pun dah gelak2 kat sebelah, "haaa tu laaa... tadi degil... hahaha..." Tapi bile polis tu macam takde suruh aku ke tepi pun, aku macam pelik la. Aku pandang polis tu, die buat derk je... so aku pun jalan je laa terus. Selamat... maybe kete Mazda 6 tu kantoi dengan speed trap yang kat belakang kot, before aku masuk highway tu... hehehe. Lega den...

So lepas tu, macam insaf laa sikit. Atas nasihat auntie aku, aku pun set auto-cruise: fixed speed at 110 km/j... muahahahaha. Jadi pemandu berhemah gitu... siap stay kat lane kiri lagi. Hehehe. Tapi keinsafan tu hanye sekejap. 15 minit kemudian, zoom-zoom semula. Hehehehe.

Ahahaha. Bosan gile citer ni.

Monday, February 09, 2009

Satu Lagi

Juga di Putrajaya

Si Azmir yang ambik gambar ini. Tapi kenape tiap2 kali ambik gambar pun mesti ambik dari angle yang menampakkan kecalaran itu? Mungkin kerana kalau ambik dari angle lain, nampak kecalaran lain pulak. Hehehehehe.

XPDC - Curahan Rasa


Tika begini
Aku juga mengerti
Perasaanku terganggu
Malam penuh dengan bintang

Indah khabar rupamu
Menawan setiap waktu
Apa lagi yang dinantikan
Bukan bertepuk sebelah tangan

Cintaku tidak
Aku pastikan sampai tujuan
Berarak mendung hitam
Berlagu sepi semalam

Aku hanya seorang insan
Tak mampu keajaiban
Jika perlu kau tinggalkan
Demi relakan kemanusiaan

Sejernih kasih
Selembut sinar mutiara
Belaian kau yang lembut
Tak dapat aku melupakan

Sentuhan kasih
Irama merdu dalam dakapan
Suara yang membisik
Bagai gelora menghempas pantai

Sejernih kasih
Selembut sinar mutiara
Belaian kau yang lembut
Tak dapat aku melupakan

Sentuhan kasih
Irama merdu dalam dakapan
Suara yang membisik
Bagai gelora menghempas pantai

Aku hanya seorang insan
Tak mampu keajaiban
Jika perlu kau tinggalkan
Demi relakan kemanusiaan

Oooo...
Ooooo...

Sunday, February 01, 2009

Suraya

Assalamualaikum.

Suraya atas jambatan kat Putrajaya

Interior hitam-merah yang meruntun jiwaku.
Gambar dipinjam dari PAULTAN.ORG


Apsal name die Suraya? Aku pun tak tahu lah. Tanye laa die.

Kereta ini, dah dipakai lebih kurang 2 bulan...
Dah jalan lebih kurang 4,000 km.
Dah calar sane sini, contohnye skirting depan and skirting tepi tu.
Dah langgar macam2, dari pasu bunga, batu tepi jalan, sampai bumper kete orang.
Dan jugak langgar lampu merah. Kire langgar jugak laa kan.
Dah kene saman. DBKL saman sebab tak bayar parking, polis saman sebab speeding.
Paling laju penah bawak 170km/j je baru.
Tapi mase kene saman tu bawak 96km/j je (speed limit 80km/j).
Boleh tak? Tak berbaloi langsung.

Mase drive dalam KL, minyak around 8.0 liter per 100 km.
Kalau kat highway, 6.8 liter per 100 km.

Berhati2 bile nampak di jalanraye. Pemandunye kurang berhemah. Muahahahaha.
Selamat Hari Wilayah!

Wassalam.

Wednesday, January 21, 2009

Hmmm...

Assalamualaikum dunia.
Hehehehe. Macam laaa satu dunia dok bace ape yang aku tulis ni kan. Nevermind.

Sejak akhir2 ni aku banyak membeli, banyak berbelanja.
  1. Kete. Proton Gen2 CPS (Auto). Alasan: skang keje macam gile sikit. Ade masenye kene stayback sampai pagi. Ade masenye tak sempat balik rumah langsung. Dalam sebulan, lebih kurang seminggu kene tido kat ofis. Kalau takde transport sendiri, nak menunggang LRT hari2 memang susah dan tak sanggup.
  2. Handfon. Sony Ericsson W910i. Alasan: Fon Sony Ericsson W850i aku hilang kene curik haritu. Tahi laa pencuri tersebut. Menyusahkan hidup aku betul. Terpakse beli fon baru. Tapi aku rase agak berpuas hati kerana berjaya menahan temptation dari membeli fon2 baru yang mahal2 mencecah 2-3 ribu, haruslah dari golongan PDA/Smartphone, touchscreen dan lain2.
  3. Vacuum cleaner. Muahahahaha. Brand Electrolux tu. Alasan: malas nak menyapu. Bilik aku dah berabuk gile. Makin malas nak menyapu, makin banyak habuk. Makin banyak habuk, makin malas nak menyapu. Makin malas nak menyapu, makin banyak habuk. Makin banyak habuk, makin malas nak menyapu. Dan seterusnya... Oleh yang demikian, aku pun membeli vacuum cleaner untuk "break the neverending cycle". Hehehehehe.
  4. Laptop. Acer Aspire 4935. Alasan: ni untuk mak aku actually. Die cakap nak blaja komputer. And untuk adik2 nak blaja jugak. Ape salahnye kan. Hehehehehe.
  5. And a few others... small small things... e.g. accessories untuk kete, t-shirts, memory untuk PC, TV kecik nak letak kat ofis...
Hmmm... banyak duit keluar. Duit masuk ade laa serba sedikit. Hehehehehe. Perlu simpan duit untuk mase depan. Rase macam nak beli rumah laa pulak. Adeh...

Les Misérables (pronounced: /le miːzeʁabl(ə); translated variously from French as The Miserable Ones, The Wretched, The Poor Ones, The Wretched Poor, The Victims) (1862) is a novel by French author Victor Hugo, and among the best-known novels of the 19th century. It has been described as one of the greatest novels ever written in any language.
-diambil dari Wikipedia.org-

Kaitan keratan di atas dengan aku ialah aku sedang miserable. Ngehehehehehe. Camne nak mintak ampun dengan orang pompuan ar? Adoi. Fenin aku fenin!

Wassalam.