Wednesday, May 27, 2009

"Di" Dalam Dilema

Salam.

Hehh. Aku rase agak terpanggil untuk menulis pasal bende ni. Tak penting pun, kesilapan tatabahasa yang kecik je. Kesilapan yang dimaksudkan adalah penggunaan perkataan/imbuhan "di."

Sebagaimana yang kite tahu, errr, sebahagian daripada kite tahu, kite boleh menggunakan "di" dalam pelbagai bentuk. Salah satu (or rather, salah dua) daripadanya adalah:
  • Menunjukkan tempat/arah - contohnya: di atas, di sana, di belakang
  • Sebagai imbuhan awalan - contohnya: dibuka, dibersihkan, dikunci
So, daripada contoh-contoh di atas, nampak tak kat mane bezanya? Perbezaan yang dimaksudkan adalah, jarak. Dengan kata lain, perlukah perkataan/imbuhan "di" tersebut dijarakkan?

Secara umumnya, kalau "di" digunakan untuk menunjukkan tempat/arah, maka ia perlulah dijarakkan. Jika digunakan untuk tujuan-tujuan lain, i.e. sebagai imbuhan awalan, maka silalah rapatkan ia. Contohnye, macam yang ade kat atas tu...

Sepertimana yang aku cakap mula-mula tadi, bende ni bende kecik je. Maknenye, kalau kite tulis rapat ke, jarak ke, orang still akan paham ape yang kite cuba sampaikan. Cuma bagi orang yang tahu bende tu salah, sakit mata laa. The reason why aku komplen ni adalah kerana lately ni kat ofis aku banyak pulak notis-notis yang menyakitkan mata aku. Kalau notis-notis yang saje suke-suke, notis-notis yang informal, takpelah. Tapi kalau formal notices pun macam tu, adeh... sangat menjengkelkan. Hahahaha.

Oh well... aku tahu grammar aku pun berterabur, tak kire laa Bahase Melayu or Bahasa Inggeris. But sharing is caring. So, ape-ape ilmu pengetahuan yang kite boleh share, share ajelah... kan... hehehe. Disclaimer gitu.

2 comments:

mr dx said...

i find this is too bitter. ahaha. salah tak grammar aku tu. Spodynes sungguh.

Faizul Azmil said...

bitter ka, sweet ka, takda maknanya... oh!