Wednesday, August 26, 2009

The Show, Part 2

Kali ini, Watak Utama Lelaki dan Watak Utama Perempuan pergi ke pawagam pula. Untuk apa lagi kalau bukan untuk menonton wayang gambar. Selepas membeli popcorn dan sementara menunggu untuk masuk ke dalam panggung, mereka berlegar-legar di hadapan pintu masuk, sambil melihat poster-poster yang ada.

Mereka tiba di hadapan poster sebuah filem lakonan Jack Black.

Watak Utama Perempuan: You suka Jack Black?
Watak Utama Lelaki: Depends. You?
Watak Utama Perempuan: Tak suka sangat kot.
Watak Utama Lelaki: Then I pun tak suka sangat laa kot =)
Watak Utama Perempuan: Eyyy, tak aci tau!

Dan Watak Utama Perempuan berpura-pura ingin memukul Watak Utama Lelaki. Tapi, beliau hanya berpura-pura atau memang betul-betul nak pukul? Anda tentukan. Anda mampu mengubahnya.

Tidak lama kemudian, mereka pun masuk ke dalam panggung wayang gambar tersebut. Oh!

Sunday, August 23, 2009

Friday, August 14, 2009

The Show

Watak Utama Lelaki menghantar Watak Utama Perempuan ke pintu rumahnya. Siap tolong bukakkan kunci lagi. Huh.
Watak Utama Lelaki kemudiannya kembali ke kereta, berjumpa dengan kawan-kawannya.

Girl 1: So did you get her mobile phone number?

Watak Utama Lelaki: Nope.
Guy 1: No? What do you mean no?
Watak Utama Lelaki: I got something even better. Her home phone number =)
Girl 2 (to Guy 2): Eh, how come you never gave me you home phone number?
Guy 2: Err guys, I think we better go!

Dan Watak Utama Perempuan itu pula sedang tersenyum di tepi tingkap. Oh!

Sunday, August 09, 2009

Misteri Mimpi Syakila

Di manakah menghilang
Diriku sendiri
Hanyut dalam bayangan
Sebuah misteri

Harum tiada wajah
Mengelilingi aku
Dalam suasana
Yang terharu

Lukisan impianku
Gambaran di mana
Cuaca yang begini
Apakah mahunya

Aku adalah aku
Nyanyi lagu yang rindu
Lemah langkahku mengejarmu

Bila pun engkau menjelma
Di sini aku berdiri
Ku menanti
Walau hilang ceritamu
Di hati tetap abadi
Sentuhanmu

Mana Syakila
Siapa Syakila
Aku pun tak tahu
Oh oh..
Syakila…

Thursday, August 06, 2009

Bisnes Lebih Mudah

Pada saya, broadband merupakan nadi bisnes kami.

Artis terbaru kami, Ladylike dari Sweden, diujibakat melalui webcam. Bunyi macam pelik, tapi kalau mereka bagus di internet, bayangkan jika mereka beraksi di atas pentas.

Sementara di Louisiana, Amerika pula, kami telah menerbitkan filem Deadline. Bagi setiap babak yang siap dirakam, mereka terus emailkan klip-klip video itu kepada kami di sini. Jadi apa-apa nak komen, nak tukar, [petik jari], senang. Seolah-olah kami berada di situ.

Dengan broadband, dunia dah jadi pentas kami. Cipta muzik di Eropah, buat filem di Amerika, dan siapkan di KL. Tiada sempadan lagi.

Pada saya, masa depan ialah digital.

Tuesday, August 04, 2009

KFC

KFC versi kota - Kentucky Fried Chicken
KFC versi kampung - Karim* Fried Cempedak

Woooohoooo. Aku kepingin Cheesy Wedges KFC dan juge cempedak goreng KFC...

* Nama Karim boleh ditukar mengikut kesesuaian =)

Monday, August 03, 2009

ISA

Logik tak kalau orang yang pergi buat perhimpunan haram untuk support ISA, ditahan bawah ISA atas sebab melakukan perhimpunan haram? Mesti menyesal die support kan. Kekekeke.

Aku... tidak menyebelahi mane-mane pihak. Selagi ISA tak ganggu hidup aku, biarlah die ade ke takde ke. Takde kena-mengena dengan aku. Ni mentaliti ape ni? Hahahaha.