Monday, September 07, 2009

The RONs

Aduh. Kereta aku rase pelik bila pakai Petronas Primax95 (sebelum ni pakai Primax3). Aku kalau buleh taknak tukar, biarlah harga mahal sikit pun. Tapi masalahnye susah pulak nak carik stesen yang ada Primax3. Huh. So, terpakse jugaklah eksperimen pakai Primax95.

Aku cakap "rase" pelik sebab aku taktau ape yang aku rase tu memang betul2 ataupun cuma psikologi aje. Tapi memang rase tak best. Nak accelerate pun macam segan je. Tekan2 minyak, tengok meter, ler, baru 110km/j? Rase macam tak sampai hati nak tekan dah. Isk.

Bace forum2 bebas, ade beberapa orang cakap cubalah dulu beberapa tangki penuh RON95, nanti oklah kereta kau dengan minyak baru tu. Huhuhu. Tapi bukankah itu pun psikologi jugak? Makin lama kau pakai, makin terbiaselah kau dengan bende tu, so that kau tak rase die lemah lagi. Aishhh. Sakit kepale. Sakit jiwe.

Nak kembali kepada Petronas Primax3 tapi macam aku cakap, agak susah nak carik. Yang paling dekat ade kat kat tepi McD tu, tapi satu pump aje. Hampeh betul. Maybe perlu tukar kepade Shell terus. Tak kirelah, asalkan kembali ke RON97. Ambik kau.

9 comments:

mushana udon mustafa said...

shell mana? dkat simpang nak masuk Taman Cemerlang? itu pun takde gak RON97 kalau tak silap aku. dia punya RON97 is V-Power, tapi the nearest Shell katanya is the one dkat MRR2, tapi tak sure yang dkat Kunang-Kunang ke yang dkat Burger King / McDonalds.

psikologi semata2 tu. duit lebih yang ko niat nak pakai utk beli RON97 tu elok la buat jumpa psychologist.

Faizul Azmil said...

"shell mana? dkat simpang nak masuk Taman Cemerlang?"
lol. tak penah lak gi situ, in fact tak teringat langsung ade shell kat situ. although dekat gile dengan rumah =P

aku gi shell kat sentul haritu - in between bulatan pahang and jalan genting klang. member aku isi minyak RON97.

aku dengar v-power pun dah semakin susah nak dicarik. kalau ade v-power dekat taman cemerlang tu, hmmm... menariks! layak untuk diterokai zaman2 gawat ni (gawat for power)

psikologi maikologi, aku tak kire.

ade sesape lagi nak cuba menginsafkan aku ke?

zulkarnain said...

haa ni isu yg bes..
seriusly ako gune myvi...
ako xisi petronas tp esso or mobil (preference bini aku)
dulu ron97.. bolehla dpt 350km seblom kene isi balik..(xdela abis tp since ako lenjan antara tol simpang4 dgn tol ayer keroh kene isi la seblom tu)
now... ron95... 280,300 dh kene isi dh...
tahi btulla..

Faizul Azmil said...

ahaha. tahi is the word.

kalau betul mileage makin sikit, then it's not actually saving lah pakai ron95. malas lak nak kire berape die punye threshold. hohohoh.

mr dx said...

cheh. bukan Gen2 ade average fuel consumption ke. takyah kire dah pun, the on-board computer dah kire.

Btw mixed laa mileage review..Savvy aku not that affected kot (ehem) tp belum try long-distance..balik raya ni kite tengok. Aku usha2 kat Paultan.org ade yg mileage improve? Pergh..mmg mixed.

Faizul Azmil said...

itulah pasal. salah satu teori yang diketengahkan di situ adalah: ron95 mengurangkan power. so kalau kau redha dengan kekurangan tersebut, dan bawak slow2, then insyaAllah jimat minyak, i.e. improved mileage.
Tapi kalau kau tak redha, makin tak power makin kau tekan, itu pasal laaa FC makin tinggi.

sepanjang minggu lepas aku balik keje pepagi buta. 3-4 pagi gitu (a professional mistake?) takde mase nak bawak slow2 dan tunduk kepada kekurangan power tersebut...

ahaha. teori aje.

ili said...

gunalah minyak petronas

Faizul Azmil said...

ala kak, petronas yang takmau jual RON97 banyak2, nak buat camne... hiks hiks.

maksutimah said...

yeah freaking tak leh nk blah. dah tekan pedal byk pon rase cam tak berapa nk gerak. bukan psikologi ni! Tp sbb nk jimat punye pasal, aku taung je la 95, bagus jugak takde la kena speed trap dah.

ps:/ inilah hadiah kerajaan sempena kemerdekaan. Sokong la lagi