Tuesday, October 27, 2009

Perjalanan Ke Barat

Tekak aku masih pedih. Pagi tadi mase nak tuang Listerine dalam mulut, tetibe terlebih laju. Maka tertelanlah seteguk dua. Shoot.

Ape-ape aku makan hari ni semua rase... minty. Oh!

Monday, October 19, 2009

Butang Baju Abang Mana Pah?

What's your favourite RSS feed reader? I'm using a Firefox extension called Brief.

Tuesday, October 13, 2009

Justeru

Salam.

Perkataan 'justeru' rupa-rupanya membangkitkan perbincangan yang agak menarik. Jika anda rasa diri anda tidak atau kurang tertarik, mungkin anda tidak mencintai Bahasa Melayu. Hahaha. Boleh tak buat statement cenggitu?

Ok. Mengikut Kamus Dewan Edisi Tiga, 'justeru' secara kasarnya membawa maksud 'malahan.'
Contoh ayat yang sesuai adalah seperti berikut:
  • Suraya bukan sahaja seorang yang cantik, justeru (malahan) sangat bersopan-santun.
Akan tetapi, apa yang biasa kita dengar sejak sekian lama adalah 'justeru' digunakan untuk menggantikan 'oleh [kerana] itu' atau 'oleh yang demikian.'
Contohnya:
  • Suraya seorang gadis yang sangat cantik, justeru (oleh itu) ramai pemuda yang menaruh hati kepadanya.
Walau bagaimanapun, mungkin disebabkan kesilapan tersebut semakin berleluasa dan tidak dapat dibendung lagi, maka Kamus Dewan Edisi Empat menambah satu lagi deskripsi bagi membolehkan perkataan 'justeru' membawa maksud 'oleh itu' juga. Justeru, saya sudah boleh menggunakan 'justeru' dalam ayat ini. Ahaks.

p/s: salah silap harap dimaafkan (dan dibetulkan!)

UPDATE: Tapi aku pelik kenapa bila tengok dalam Rujukan Kamus Terbitan DBP dia cakap sama je definisi dalam Kamus Dewan Edisi Tiga dan Edisi Empat untuk perkataan 'justeru'?

Aku check dulu dalam Kamus Dewan Edisi Empat yang aku bukak kat kedai. Selak sikit-sikit je. Akukah yang silap check?

Friday, October 09, 2009

Windows XP vs Windows Vista

Salam. Tajuk takde kaitan. Hehehe.

Entry sebelum ni letak gambar eksiden je nak bagi saspen. Ni baru nak citer sikit-sikit ape jadi. Aku persembahkan dalam point form je laa yer.
  • Berlaku di kilometer 85, Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Dalam perjalanan dari Jengka ke KL. Kilometer 85 tu dekat-dekat nak sampai plaza tol Karak ler. Waktu lebih kurang 2:40 petang, hari Isnin 28 September 2009.
  • Hari hujan, agak lebat jugak laa. Aku pun drive slow aje ler. Well, relatively slow. Hehehe. Tak ingat berapa, tapi rase-rasenye lebih kurang 100km/j gitu.
  • Kira-kira 1-2 minit lepas memotong sebuah ambulans, aku sampai ke satu selekoh tumpul (tak tajam pun!) Tapi air bertakung kat situ agak dalam sikit. So tayar aku pun berlari-lari anak laa dibawa air.
  • Hilang kawalan. Ape yang aku ingat, kereta terus aje menggelongsor. Bahagian depan sebelah kanan terlanggar divider tengah jalan. Lepas tu die balas balik (action + reaction) menyebabkan bahagian belakang sebelah kanan pulak langgar divider tu. Die balas lagi sekali, kali ni kereta aku langgar bahagian depan pulak. Melintang tengah jalan, kat lorong paling kanan. Lebih kurang macam diagram di bawah la, except jalan tu 3 lorong (termasuk emergency lane) dan jugak kete aku takde laa sebesar tu. Hehehe.
  • Pastu aku blur. Taktau nak buat ape. Try bukak pintu, takleh, dah stuck. Ok, takpe laa. Tibe-tibe ambulans yang aku baru potong tadi lalu. Alamak, malunye dengan ambulans tu. Ok, nyorok dulu, jangan bagi die nampak muka. Hahaha, boleh tak cenggitu? Ambulans tersebut berlalu tanpa menghiraukan aku. Lampu die memang duk menyala lip-lap-lip-lap dari tadi, memang ade emergency laa tu.
  • Bile kete-kete lain lalu pun aku nyorok-nyorok sikit. Malu beb. Tak ingat pulak ade buat-buat pengsan ke tak. Hahahaha. Mesti diorang cakap, "oooo tu laaa kereta yang bawak laju-laju tadi. Haaa padan muka, baru dia tau! Amende laaa tengah-tengah hujan ni pun nak bawak laju-laju..." Yer, yer, saya tahu memang salah saye. Hiks. Insaf, insaf...
  • Ambik telefon, call mak. "Assalamualaikum ma. Angah... hehehe... angah eksiden sikit. Haha..." Bla bla bla... sambil gelak-gelak cover. Panjang lak citer. Padahal still duduk dalam kete yang duk melintang tengah jalan lagi. Memang carik penyakit.
  • Try start kete. Uih, hidup lagi. Tapi steering berat yang amat. Tetibe ade datang sorang mamat ketuk cermin aku. Die kasi isyarat suruh move kereta letak kat tepi. Hahaha.. Bagus idea tu (obviously! Gile ape tunggu tengah-tengah jalan?) So aku pun park laa kat tepi jalan. Oleh sebab pintu belah driver takleh bukak, aku terpakse keluar ikut belah passenger depan.
  • Mamat tadi kerje workshop rupenye. Aku terbau sesuatu yang keikanan (I smell something fishy. Hehehe...) Tapi memandangkan tak sempat nak pikir option lain and tengah blur, aku terima ajelah bantuan die. Sangka baik sekali-sekala, dengan harapan die jujur dan ikhlas.
  • Lepas ambik barang-barang penting dan lock kereta, aku pun ikut mamat tu pegi buat report polis kat Balai Polis Karak. Kereta tinggal kat situ dulu, untuk ditarik. Rase risau nak tinggal, tapi pegi jugak. Lepas buat report polis, jumpa dengan dua orang pekerja MTD Prime (pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga LPT). Pastu barulah macam lega sikit, kurang sikit syak wasangka - atas sebab-sebab tertentu.
  • Kereta aku pun ditarik ke Karak. Kat situ ler aku ambik gambar-gambar dalam entry terdahulu. Lepas dah settle dengan orang-orang MTD Prime tadi, kereta aku pun ditarik ke workshop kat Mentakab. Aku duduk dalam tow truck tu jugaklah.
  • Call bos mintak emergency leave. Hahaha.
  • Sementara tu, family aku pun dah gerak dari rumah ke Mentakab untuk ambik aku dan barang-barang dalam kete aku kat workshop. Diorang naik kete abang ipar aku. Hehehe.
  • Lepas dah setel semua, aku pun balik ler ke Jengka. Esoknye baru balik ke KL semula, naik bas.
Maklumat tambahan:
  • Mengikut kata mamat workshop tu, maybe akan ambik masa 3 minggu untuk siap.
  • InsyaAllah boleh claim insurans
  • Akan kene saman polis. Muahahaha. RM300?
Kisah benar:
  • Adik aku asalnya plan nak balik ke KL dengan aku. Tapi die ade hal, so die balik awal naik bas hari Sabtu. Maka selamatlah die daripada trauma itu. Hahaha.
  • Dua-tiga hari sebelum tu, mase pergi beraye rumah sedare-mare, family aku sembang-sembang pasal bas. Aku pun cakap ler, "uii, dah lama tak naik bas..." Rupa-rupanya memang sungguh nak kena naik bas lepas tu. Hahahaha. Hambik kau, nak sangattt.
  • Atas sebab-sebab tertentu, aku awal-awal lagi, even sebelum raye, memang plan nak naik LRT pegi keje bulan ni. Rupa-rupanya memang sungguh nak kena naik LRT pegi keje bulan ni. Hahahaha. Hambik kau lagi sekali, nak sangattt.
Apa-apa pun, aku sangat-sangat bersyukur sebab:
  • Tak melibatkan orang lain. Kereta paling dekat pun ambulans tu je lah. Itu pun jauh 200-300 meter di belakang kot. Tapi kasihan sama divider itu laa, 3 kali kene hantam. Hiks.
  • Walaupun kereta agak teruk and kene masuk workshop, aku sihat alhamdulillah. Sakit tengkok sikit je, rase macam buat work-out tanpa buat stretching terlebih dahulu. Tapi sekarang dah baik. Dan luka sikit kat kaki sebab terguris sembilu bisa. Ooops, terguris pedal minyak. Luka sikit je, tapi sakit ler kalau pakai kasut. Dah laa kene jalan kaki pegi stesen LRT pagi-pagi. Huhuhu sedih, sedih... Bile aku jalan terhencot-hencot dalam ofis, semua kate aku berlakon. Chis. Aku sakit betul-betul laaa. Tapi memang overacting sikit pun. Ahaks.
  • Kate orang, "beringat sebelum kena." Tapi sebelum kena tu, memang susah laa nak beringat kan? Ni dah kene ni (even though tak teruk sangat), aku harap aku akan beringat lepas ni. Dan menjadi pemandu yang lebih berhemah. Oh!
Itulah serba-sedikit dan serba-sebanyak kisah kemalangan yang tak berapa ngeri tersebut. Walaupun tak ngeri sangat, tapi diharap dapat menjadi tauladan buat diri ini, dan diri para pembace sekalian.