Tuesday, October 13, 2009

Justeru

Salam.

Perkataan 'justeru' rupa-rupanya membangkitkan perbincangan yang agak menarik. Jika anda rasa diri anda tidak atau kurang tertarik, mungkin anda tidak mencintai Bahasa Melayu. Hahaha. Boleh tak buat statement cenggitu?

Ok. Mengikut Kamus Dewan Edisi Tiga, 'justeru' secara kasarnya membawa maksud 'malahan.'
Contoh ayat yang sesuai adalah seperti berikut:
  • Suraya bukan sahaja seorang yang cantik, justeru (malahan) sangat bersopan-santun.
Akan tetapi, apa yang biasa kita dengar sejak sekian lama adalah 'justeru' digunakan untuk menggantikan 'oleh [kerana] itu' atau 'oleh yang demikian.'
Contohnya:
  • Suraya seorang gadis yang sangat cantik, justeru (oleh itu) ramai pemuda yang menaruh hati kepadanya.
Walau bagaimanapun, mungkin disebabkan kesilapan tersebut semakin berleluasa dan tidak dapat dibendung lagi, maka Kamus Dewan Edisi Empat menambah satu lagi deskripsi bagi membolehkan perkataan 'justeru' membawa maksud 'oleh itu' juga. Justeru, saya sudah boleh menggunakan 'justeru' dalam ayat ini. Ahaks.

p/s: salah silap harap dimaafkan (dan dibetulkan!)

UPDATE: Tapi aku pelik kenapa bila tengok dalam Rujukan Kamus Terbitan DBP dia cakap sama je definisi dalam Kamus Dewan Edisi Tiga dan Edisi Empat untuk perkataan 'justeru'?

Aku check dulu dalam Kamus Dewan Edisi Empat yang aku bukak kat kedai. Selak sikit-sikit je. Akukah yang silap check?

12 comments:

mushana udon mustafa said...

haibat, haibat. i'm impressed!

ada jugak orang nak blog benda camni eh?

btw, tadi aku melepasi KM85 LPT. tapi tidak menjumpai bekas2 kemalangan ngeri. MTD Prime sangat efisyen dalam membaiki keadaan jalan, oh!

Faizul Azmil said...

ahaha. malu2. akulah orang tersebut.

btw, aku lalu (naik bas) the next day pun tak nampak ape-ape kesan. maybe terlepas, sebab aku takleh detect the exact location, cuma ingat somewhere near the KM85 punye sign (or batu) la.

atau mungkin, seperti yang aku nyatakan, kemalangan tersebut tidak cukup ngeri untuk meninggalkan kesan mendalam kepada pembahagi jalan tersebut...

mr dx said...

Suraya bukan sahaja tergelincir keluar dari landasan normalnya, justeru melanggar pembahagi jalan pula. Kisah sebuah pembahagi jalan yang malang, oh!

Faizul Azmil said...

What's with you guys and the Oh!s? Oh!

ribena said...

bahaha
mcm cikgu zawahi je

Faizul Azmil said...

Sape Cikgu Zawahi? Tak kenal plis.
Cikgu BM aku name Pn. Rabita. Hohohoh. Dulu dia laa yang selalu marah pasal 'justeru' ni. Mase tu still pakai Kamus Dewan Edisi Tiga.

zulkarnain said...

ko xcukup jambu mcm nik nazrul mmg la slalu kene sound dgn pn rabita...
cube dpt cekgu shamsudin yg rocking mcm bdak2 usaha...baru mantop...
keje lyn teater jek hohoh

Faizul Azmil said...

Kene sound? Hello, bukan aku yang kene sound ok. Aku pelajar cemerlang. Up to some extent lah. Haha.

Cikgu Shamsudin? Aku dah tak ingat yang mane. Tak penah blaja dengan beliau =P

Myself said...

hihi good info! tak penah tau pun slama nih...

Faizul Azmil said...

Sekarang dah tau? Bagussss.

Murid2 semua, minggu depan cikgu kutip yuran, ok?

Farah Haida said...

waaaaaaaaaaaaaa
aku pon tak pernah tauuuuu

Faizul Azmil said...

Hahaha. Wajarkah aku buat entry berunsurkan bahan ilmiah ringan begini selalu?