Monday, November 16, 2009

Dalam Taman Syahdu

Salam.

Jarum-jarum jam itu sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Aku masih lagi di pejabat pada waktu ini.
Banyak kerja?
Ya.

Sedang buat kerja?
Mestilah tidak. Kan tengah update blog ni. Muahahahaha.
Yer, memang banyak kerja aku yang tergantung tak bertali buat masa ni. Aku pun dah konfius nak buat yang mana dulu. Makin banyak kerja yang pending, makin konfius, makin malas. Makin malas, makin banyak kerja pending. So, dia duk pusing-pusing kat situlah. Makin lama makin banyak. Hohohoho. Actually part konfius tu macam boleh buang, malas je yang sebenarnye. Haha.

Aku baru je lepas kemas ofis sebenarnye. Eh, kemas ofis? Iyer. Basuh pinggan mangkuk, lap meja, buang sampah. Jadi surirumah (atau mungkin lebih tepat lagi, suripejabat) kejap hari ni. Kenapa yer? Kerana hari ini adalah hari potluck kat ofis aku. Memandangkan aku tak bawak apa-apa makanan, maka aku buatlah sumbangan dalam bentuk buruh kasar. Oh! Mulia kan hati aku? Muahahaha. Sebenarnye saje je tulis pasal ni supaya kalau member-member ofis (e.g. Kak Fad & Nurul) bace, diorang terharu. Ahaks. Tapi lepas bace ayat pengakuan tersebut mesti dah tak terharu. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Kak Fad yang penuh tanda seru, "chehhhh!!!"

Potluck. Aku dah takde idea nak bawak makanan ape. Nak bawak megi goreng, malu sudah. Haha. Nak bawak nasik goreng, nasik goreng aku tak best. Dulu-dulu mase belajar, boleh laa celen member-member, setakat pakai perencah Adabi je. Tapi itu sama-sama students. Sekarang nak celen golongan ibu-ibu mithali yang sehari-harian bertungkus-lumus di dapur, tak dapek la... Nasik goreng aku dah laa kompem takde sayur, takde bawang. Haruslah tak mendapat sambutan menggalakkan. Setakat bergantung kepada daya tarikan sosej dan crabstick. Haha. Sayunye.

Oh! Tadi mase makan juga, aku macam biaselah, terpakse berhempas-pulas mengasingkan bahan-bahan yang tidak kuundang (tapi telah diundang oleh tukang masak), iaitu sayur-sayuran dan bawang-bawangan. Ramai laa pulak duk perhati. Malu I. Ahakz. Tapi aku makan fokus je, tak kire orang keliling dah. Haha. Tetibe ade lak member buat statement, "ahh, susah nak masak untuk die ni. Itu takleh makan, ini takleh makan. Patut biar je die bujang." Muahahaha. Well, actually it's quite the opposite kot? Takyah letak ape-ape, kan lagi senang masak gitu?

Dan aku ni sebenarnye bab makan ni amatlah tak kisah. Seingat aku, aku tak pernah rase bosan dengan makanan. Kalaulah ditakdirkan aku ade isteri suatu hari nanti, ahaks, die masak nasik putih dengan lauk telur goreng dan kicap pun dah cukup. Hari-hari pun takpe. Bertahun-tahun pun takpe. Aku jamin aku tak komplen. Hahaha. Percaya tak? Kena laa percaya. Kan ke senang gitu. Sebab tu la aku kadang-kadang tak faham bile orang komplen bosan makan benda yang sama hari-hari. Tapi bukan salah diorang kot, aku je yang ganjil. Genius laa katekan. Muahahaha.

Yer, aku memang seorang genius.

15 comments:

mr dx said...

oih besday *** ** oih. gogyfyl sungguh.

nursarah87 said...

bukan ke ko cuma makan telur mentah plus kicap sket?..hakhak..

telur goreng kan musnah plak protein nyer..hikhik

Faizul Azmil said...

> dx: Lol lol. Aku sentiasa terlupe. Apsal tiap2 tahun kau ingat?

Api dah menjadi bara~
Bara menjadi debu~


> sarah: Chis, itu tahun bile punye cerita tu? Haha. Ya, itu pun boleh makan. Tapi tak boleh diamalkan selalu. Nanti kena salmonela!

Farah Haida said...

salmonela? uhhh i likeeee salmon!!! (tetibe)...
wahhhhhhhhhhhhhhhhhh
rajin nye kau nih mengemas
semue mende nak kemas
dgn office2 skali kau kemas
ish ish ish
cube bawak2 kemas bilik aku ke, kete aku ke... wakakakakaka
tapi agreeeeee... wife bojol senang sgt nak bg makan bojol... goreng or rebus jer semue... makan laa die.. takyah tumis2...

Faizul Azmil said...

That's not necessarily true. Bilik aku kat rumah sangat bersepah right now. Huahuahua =P

mr dx said...

Mana aku tau apesal aku ingat. dah aku teringat. Apesal ko dah tak ingat? Kekekee

Time aku nak ajak kemas rumah laa ko kerja kat ofis. Tsk tsk. Esscra sungguh.

Farah Haida said...

ape tuh esscra?

Farah Haida said...

ohh btw bojol...
definition bilik kau bersepah = bilik aku kemas...
not that we share the same room
haks haks

Faizul Azmil said...

Lol lol. FYI, tahap kekemasan bilik aku kat Malaysia ni tak sama langsung dengan bilik aku kat UK dulu. So, yeah, bersepah actually. Oh!

Farah Haida said...

bilik aku kemas sikittttttttttttttt jeee sbb now ade suami... nnt kalau suami balik tgk bilik sepah, sure sakit kepala. hehe

dAdDy & mUmMy said...

erk....aku nak terharu??? urm...
xpe la.... aku sedey sebanarnye xdapat join potluck senin lepas....

warghhh sangtla tensi bile dok spital dan kapad men MMS gamba mknn2... huhuh~~

sejak ble ko pandai malu bile org tgok ko mkn??? huh~ semakin kompius aku dibuatnye.... hehehehe

Faizul Azmil said...

Lol lol. Kau memang tak faham tatacara kehidupan seorang genius.

mr dx said...

Tu la. Aku dah duk dgn Bojol dekat 2 tahun pun tak paham lagi kehidupan seorang terlampau genius. Kyaaaa

Faizul Azmil said...

Lol. Btw mr dx, *** ** kirim salam. Haha.

mr dx said...

uh kalo aku jawab salam die kat sini die tau ke. traks sungguh.