Sunday, November 08, 2009

Taman Rashidah Utama

Salam.

Malam tadi tido kat ofis. Malam ini juga. Dan mungkin malam-malam seterusnya lagi sepanjang minggu ini. Bulan ini kene standby, oh! Keje habis pukul 2 pagi, LRT pun dah tak beroperasi. Kalau ade kereta (tak siap lagi!), memang aku akan balik. Oleh sebab tiada pilihan, maka ofislah tempat yang paling seswai untuk santai.

Tapi malam tadi aku takut. Janji dengan member pukul 10 malam, tapi aku sampai awal. Disebabkan kerana aku takde transport sendiri buat masa ni, susah sikit nak plan. Semalam tumpang member, dia hantar pukul 8, maka pukul 8 la aku sampai. Malas nak gi tempat lain, duduk je laa tunggu dalam ofis sorang-sorang.

Pukul 8.30, so aku pun get ready lah nak sembahyang Isyak. Tanpa sebarang rasa syak wasangka, aku pun melangkah ke surau. Bukak pintu. Bentang sejadah. Tiba-tiba lampu surau terpadam. Shoot, berderau darah aku. Aku pun bukak balik lampu surau (suis dalam surau je).

Aku bukak pintu surau. Nak tengok kot-kot ade orang kat luar. Takde sape. Tapi mase aku jenguk-jenguk kat luar tu, lampu-lampu dalam ofis lak terpadam satu demi satu. Aku pandang kat suis lampu ofis (tepi surau). Takde sape. Makin cuak. Dah pikir macam-macam dah. Ape-ape pun, bukak lampu dulu. Tengah aku duk bukak lampu tu pun, ade lak lampu lain padam. Ish. Lepas dah pasang balik semua lampu, aku pergi lak jenguk suis yang lagi satu dekat pintu masuk ofis, takde orang jugak. Aihh, psiko betul. Mulut dah kumat-kamit mintak doa macam-macam.

Aku pegi balik ke surau. Takut nak sembahyang. Bukan takut ape, takut kang tengah-tengah sembahyang lampu padam. Kalau belum start or kalau dah habis, boleh gak aku pegi bukak semula lampu tu. Tapi kalau tengah sembahyang, ape-ape pun kena continue dulu. So aku tunggu laa dalam 5 minit. Lepas konfiden dah stabil, aku pun sembahyang la. Susah nak concentrate hoooo. Bulu tengkok duk meremang tegak je.

Anyhow, lepas sembahyang dah lega sikit. Duk pikir nak stay tunggu dalam ofis ke, nak tunggu kat tempat lain. Kalau tempat lain pun, nak gi mane? Hahaha. So, stay dalam ofis je lah. Pastu teringat laa pulak pernah bace satu email dari Management Menara TM. Diorang akan execute satu operasi untuk tutup lampu secara automatik pada waktu malam (centralized). Huh. Itu je yang aku boleh pikirkan secara logik untuk menenangkan hati.

Pukul 1.30 pagi sekali lagi lampu padam. Tadi mase nak sembahyang Isyak hari ni pun padam lagi pukul 8.30 malam. Time aku tengah menulis ni pun lampu terpadam tadi, pukul 10.30 malam. So, confirm laa kot? Automatik?

Penat ah camni nak kene gi bukak semula lampu every 2-3 hours or so. Bulan-bulan sebelum ni takde pun. Hohohoho. Takpelah, at least diorang tak tutup semua terus sekaligus. Diorang tutup one by one. So, sempat ler aku nak bukak balik before gelap terus.

Ku berpijak nyata di sini
Tak tercapai bintang di langit
Ku siramkan air mata
Pada darah cinta
Sebagai hiasan taman ini

Oops tetibe ternyanyi.

9 comments:

nursarah87 said...

tajuk tak boleh blah..takut gelap rupenyer..hehe

Faizul Azmil said...

Adakah anda sedang... mentertawakan saya? Awas! Anda mungkin mangsa seterusnya! Jeng jeng jeng...

Huh. Cube kau duduk sorang-sorang dalam ofis ni malam-malam. Ngeeeeeee.

sayut said...

huhahahahahhaa

zulkarnain said...

tau la ko keje tnb.. electric aint free ya know...
so okla die buat auto switch-off..
ako sarankan ko suruh dorg buat yg motion-sensor punye lighting kt situ so ade org die on... xde org die off..
tp kalo tgh2 tu... ako xtaula on ke x hohohoh

Faizul Azmil said...

> sayut: Huahuahuahua.

> zulkarnain: Haha. Aku tak cakap pun tak ok kalau diorang nak tutup lampu. Cuma aku terkejut je la first time tu. Kekekeke.

Tengah-tengah? Lol. Kau jangan... haha.

Farah Haida said...

tak paham ape tengah2?
but waaaaaaaaaaaaaaa canggih gile ofis kau leh tutupkan lampu automatik
tapi mmg nyusahkan org gak laa kan sbb kene bukak balik
ciannye bojol takde kete? bile nak amek kete nih?

Faizul Azmil said...

Abg Iks cakap:
ade org die on...
xde org die off..

So, "tengah2" = between ade and takde, maybe?

Hahaha. Suraya is back! Baru gi ambik petang tadi!

Farah Haida said...

yeayyyyyyyyy. jom gi mkn... hehe

Faizul Azmil said...

"Let's gone!"

Haha.