Monday, December 07, 2009

Hanya Kerna Peristiwa Itu

Salam.

Hari Khamis last week aku mintak cuti, nak pergi servis kereta. Ni kire first service after eksiden haritu ler. Rase-rase berape aku kena bayar? Ngehehehe. RM800 lebih kot, hanya kerna peristiwa itu.
  • RM320 untuk service biasa
  • RM200 untuk tukar something yang dah bengkok kat bawah kereta
  • RM100 untuk cuci something yang dah wajar dicuci kat dalam engine bay
  • RM80x3 untuk recondition rim-rim yang dah bengkoks tahap Impak Minima
  • p/s: something-something kat atas tu aku tak tahu ape name die. Tsk tsk.
So, yeah, RM800+ aku kena bayar. Tapi kire ok laa, seronok laa sikit bawak kereta lepas tu. Bile bawak laju (sikit), steering dah tak gegar-gegar macam konsert Jom Heboh lagi. Lama jugak laa nak tunggu die setelkan semua tu. Dari pukul 10 pagi aku datang, sampai ler pukul 5 petang baru aku balik. Nasib baik dekat-dekat situ ade masjid and kedai makan, dapat jugak laa aku menikmati sedikit santapan rohani dan Liyana Jasmay jasmani. Dan masa 7 jam tersebut juga banyak diluangkan bersama handfon baru aku. I likeeeee, hanya kerna peristiwa itu. Ahakz.

Sony Ericsson W910i dan anak-anak angkat beliau. Buy 1 free 3? Muahaha.

Nokia 5800 ExpressMusic baru yang hampir musnah, hanya kerna peristiwa itu.

So, dengan newly refined alignment tersebut, hari Sabtu lalu aku pun bertolak ler ke Jengka untuk menghadiri majlis perkahwinan Sayut dan Syida. Ngeeeee dah kawin dah diorang. Tahniah2. Semoga bahagia-bahagia senantiasa. Hehe. Alamak, takde gambar pulaks, hanya kerna peristiwa itu.

On the way pergi dan balik mase lalu Lebuhraya Karak dan LPT, memang banyak eksiden yang kitorang nampak. Ade laa dalam 4-5 kes. Bayangkan, itu baru satu hari. Kalau seminggu, berape eksiden? Sebulan? Waaaaaa. Dukacita dimaklumkan aku juge pernah menjadi salah satu penyumbang statistik tersebut. Anda bile lagi? Hehehe. Ok, sila jangan simpan cita-cita sedemikian, hanya kerna peristiwa itu.

Setelah disajikan dengan imej-imej ngeri tersebut, aku pun memandu dengan lebih berhemah. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali. Melihat dia tertidur juga membuatkan aku ingin memandu dengan sebaik-baik mungkin agar tidak terganggu tidurnya, hanya kerna peristiwa itu. Ahakz.

Selepas kembali ke KL, singgah pula di Kelana Jaya untuk ke kenduri lagi satu, iaitu kenduri Mek Ely Dr. Ely dan Dr. Hazmi. Memandangkan kitorang sampai pun dah lewat (around 6 PM muahahaha), so memang target nak datang bagi hadiah je laa, bukan nak makan. Meja-meja, khemah-khemah semua dah kemas, orang lain pun dah balik dah, hanya kerna peristiwa itu. So, yeah, tahniah juge kepade Dr. Ely dan Dr. Hazmi, semoga berbahagia hingga ke syurga hendaknye.

Yang baju belang tu kawan diorang, aku tak kenal sape. Hahaha.

Pinjam pengantin perempuan jap.

Oh yes, memandangkan aku kurang fasih dengan jalan ke rumah pengantin, maka dapatlah aku test power GPS Garmin kat dalam handfon baru tu. Muahahahaha. Excited lak. Mula-mula musykil gak, jalan mane laa GPS ni bawak, macam nak kidnap kitorang je. Tapi last-last sampai juge. Haibat, haibat. Alhamdulillah, satelit tersebut tidak meng-kidnap kitorang, hanya kerna peristiwa itu.

Alhamdulillah juga, perjalanan sepanjang hari tersebut lancar. Tiada hujan lebat atau lopak-lopak air yang bisa mengganggu-gugat psikologi aku semasa memandu. Hehehe. Malu laa kalau terpakse menangis bile ade passengers dalam kereta. Gyahahaha. P/s: perlu diingatkan di sini bahawa frasa "nak nangis" dalam entry sebelum ini adalah metafora semata-mata, hanya kerna peristiwa itu. Hehehehe.

Oklah. Izinkan aku tutup entry ni dengan ucapan hanya kerna peristiwa itu lagi sekali. Oh!

Friday, December 04, 2009

Mutiara Naga, Part 2

Salam.

Dah 2 hari hujan di waktu pagi, time nak pegi keje. Aku pulak masih lagi 'fobia' nak drive dalam hujan lebat. Aku letak 'fobia' sebab aku sendiri tak sure sejauh mane tahap kefobiaan tersebut. Maybe bergantung kepada sejauh mana tahap kelebatan hujan. And bilangan lopak air sepanjang perjalanan. Kalau hujan renyai-renyai, and tak banyak air bertakung, sanggup lagi kurenangi kuredahi.

Pagi semalam aku cuba beranikan jugak la nak drive pegi keje. Dah drive 1/4 of the way, pastu macam dah takleh gi dah. Nak nangis. Muahahahaha. So patah balik, park dekat LRT station, and pegi keje naik LRT.

Pagi tadi memang sah-sah tak berani. Awal-awal lagi dah serender. So memang terus drive pegi LRT station je (still kene drive pegi LRT station sebab malas nak berjalan bawak payung).

Waaaa. Pinjam lagu Ukays jap, "sampai bila harus diriku begini... oh kekasih..."
Hahaha. Ok, takde kekasih dalam kisah ini. Oh!