Sunday, January 17, 2010

Ini Motor Ahmad Albab Yang Punya!

Salam.

Hi peeps, pembaca-pembaca yang budiman. Aku memerlukan pendapat korang, especially penunggang-penunggang motosikal di luar sana. Yang bukan penunggang motor pun boleh bagi pandangan, asalkan korang ade input yang positif.

Ok. Andaikata aku nak beli motor, and aku perlukan motor yang murah, korang rase motor ape yang boleh korang rekemen?

Bile aku cakap murah, maksud aku:
  • Murah untuk beli - motor baru, bukan second hand
  • Murah untuk jaga - low maintenance, reliable, tak mudah rosak, kalau rosak pun spare part murah dan senang carik
  • Murah untuk guna - tak kuat makan minyak
Rupa paras motor tu aku tak kisah sangat. Kalau lawa, bagus laa. Kalau tak lawa pun, whatever-lah, janji murah. Engine specs (top speed, acceleration, etc) lagi la aku tak kisah. Nak pakai hari-hari je, bukan nak berlumba. In fact, atas sebab-sebab tertentu (hanya kerna persitiwa itu?) lagi slow lagi bagus kot.

So, ada cadangan? And please-lah jangan suruh beli basikal. Not funny.

Update: untuk adik lelaki aku kat kampung

11 comments:

mushana udon mustafa said...

Honda EX5. dipercayai ramai sejak berkurun lamanya. too lasting they even still produce it. kecuali harga (yang aku tak tahu... boleh je try google), yang lain memang hampir semua fit ciri-ciri yang kau idamkan.

Faizul Azmil said...

Honda EX5? Interesting. Berkurun indeed. Haha.

nursarah said...

yup, Honda EX5 mmg tahan lasak..(kengkawan lelaki aku yg katala),

dAdDy & mUmMy said...

h? reliable? sparepart senang??

ermmmm.. ajinoMOTO !!! yup.. itu terbaek utk ko... kalo habes senag nk dapt..pastu xyah tgu ujan..sure xlanggar org... kih3......

mr dx said...

camna Bojol, dah ade orang buat lawak ajinomoto. Kelakar tak. Hoho.

Aku tak ade idea bernas la nak bagi. Tanyela adik aku? tapi dulu2 kitorg pakai motor Suzuki (haram tak ingat la jenis ape) 2nd-hand RM2k++ not bad.

Faizul Azmil said...

> Nurul: Not funny! Ajinomoto tak reliable langsung. MSG huh.

> Azmir: Aku dah ajar dia!

Shunjike7 said...

Honda EX5 la...paling murah dalam segala bidang...harga moto yang murah, miyak tak kuat, spare part berlambak-lambak, takleh nak pecut laju2...kirenya memenuhi segala kriteria yang hang mau

Faizul Azmil said...

Yeah. Honda EX5. Mahu, mahu.

dauzhsm said...

aku sbg pemilik EX5 yang telah melenjan EX5 selama hampir 10 tahun, dan bestnyer EX5 aku still maintain utk aku ulang-alik dari putrajaya ke bangsar ... go2 EX5 heheh ... tp silap kalo ko nak amik baru EX5 x silap aku keluaran skrg barang dia dr Thailand, harga pn murah dr dulu but kualiti aku x tau sama ke tak dr EX5 dulu (dulu JAPAN mari punya), kalo ko carik yg 2nd (harga dlm 3K++), dpt le yg made in JAPAN punya mcm aku :), ehhe

Faizul Azmil said...

Daus, kau bagi ex5 kau je laa kalau camtu. Muahahaha. Siap suruh bagi tu, bukan suruh jual. Jangan marah aaa.

dauzhsm said...

bole jek faizul , setakat nak tukat EX5 aku ngan Gen2 ko apa salahnyeeeeeee .... :)