Saturday, June 12, 2010

Pakcik oh Pakcik!

Salam.

Hari Sabtu lepas aku dengan beberapa orang kawan aku pergi kenduri member kitorang kat Bangi. Mase sampai tu dah agak lambat laa kan. Pukul 2.30 gitu. Tapi orang still ramai jugak lagi.

Kitorang pun terus ler menuju ke meja yang ade member kitorang yang dah sampai awal. Ade la beberapa kerusi kosong kat meja tu. Cukup laa kot untuk kitorang 4 orang. Tiba-tiba ade sorang pakcik ni datang dengan wife dia. Takpe la. Sementara kitorang salam-salam, sembang-sembang ibarat 14 tahun tak jumpa, pakcik tu duduk laa dulu dengan wife dia. Takpe la.

Lepas habis salam-salam, aku pun dengan semangat waja (muahahaha) pegi ler ambik dua kerusi extra kat meja hujung nun. Elok je aku letak kerusi tu kat meja kitorang, pakcik tadi pun tiba-tiba menyambut aku dengan ekspresi excited gile. "Eh, terima kasih banyak-banyak. Susah-susah je..." puk, terus dia ambik dua-dua kerusi tu dari tangan aku. Satu dia duduk, satu lagi di bagi anak dia duduk. Rupe-rupenye die ade bawak anak (atau cucu?) dua orang.

Aku berdiri kat situ. Kaget. Blur. Tak tau nak respon macam mane. Nak bagitau elok-elok pun dah takleh, dia dah selamat duduk. Kang dia lak segan. Apetah lagi nak marah. Hahaha. Pakcik oh pakcik. Isk. Aku terima seadanya.

Tapi ke-excited-an pakcik tu masa "dapat" kerusi memang kelakar la. Arrgghh!